click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

28 May 2011

bonus...dapat ke tak??

Utusan Melayu diperintah bayar bonus dua bulan

KUALA LUMPUR 27 Mei - Mahkamah Perusahaan memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. membayar tunggakan bonus dua bulan gaji kepada petugasnya bagi 2009.

Dalam keputusan yang diumumkan pada 24 Mei, presiden mahkamah itu, Susila Sithamparam berkata Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) yang membawa kes itu ke mahkamah telah membuktikan bahawa Utusan Melayu mencatat keuntungan pada tahun berkenaan.

Kata beliau, dalam penyata beraudit 2009 yang terkandung dalam laporan tahunan 2009-nya, Utusan Melayu mengisytiharkan bahawa ia mencatat keuntungan kumpulan berjumlah RM5.121 juta.

"Responden (Utusan Melayu) tidak boleh menolak hakikat bahawa ia adalah sebuah syarikat pemegangan dan mempunyai anak syarikat. Mahkamah berpendapat perkataan 'keuntungan' atau profit dalam Perkara 44 Perjanjian Bersama membawa maksud keuntungan yang diraihnya sebagai sebuah syarikat pemegangan pada 2009.

"Kesatuan itu telah membuktikan responden (Utusan Melayu) mencatat keuntungan pada 2009," katanya.

Susila memerintahkan Utusan Melayu mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama dengan serta-merta.

"Oleh kerana responden telah memberi bayaran ex-gratia sebulan gaji kepada setiap petugasnya untuk 2009, maka ia boleh menolak jumlah yang telah dibayar itu daripada bayaran bonus dua bulan gaji yang perlu dibayar kepada mereka untuk 2009," katanya.

NUJ membawa kes itu ke mahkamah pada 23 Mac tahun lepas apabila Utusan Melayu tidak membayar bonus dua bulan gaji kepada petugasnya untuk 2009 dengan alasan sehingga 31 Disember 2009, penerbit akhbar Utusan Malaysia itu mengalami kerugian RM26,169,490 sebagai syarikat individu.

NUJ memohon mahkamah memerintahkan syarikat itu supaya mematuhi Perkara 44 Perjanjian Bersama bertarikh 5 September 2006 yang ditandatangani antara NUJ dengan Utusan Melayu (M) Bhd. - BERNAMA

***** ya, saya tumpang gembira dgn berita di atas...persoalannya, bila yer nk dpt bonus tu?? atau adakah saya juga boleh menerimanya?? kita tunggu dan lihat..


27 May 2011

dah dapat macarons..yeay!!


alhamdulillah....sy sudah dpt makan macarons....credit to kak syada (wartawan mingguan malaysia) yang belanja this cute colourful dessert for me...katanya, doakan dia preggie cepat.....insya Allah..

kalau ada org tanya, sedap ke macarons tu sham?? jawapan saya....NTAH...hehehe..sbb this is the first time rasa macarons....macarons saya ni takde filing (sbb original macarons)...tapi still ada flavour macam choc, strawberry n so on...paling best, kak syada belikan dgt Nikko Hotel ok...owh...rasa macam tak percaya dgn harga dia.

bahagian tengah maracons ni kosong n melt bila masuk dalam mulut..bagi penggemar kurang manis macam saya, this macarons boleh diterima masuk ke tekak sbb tak brp nk manis sgt..ok la tu..now looking forward to taste red valvet cake pulak...

chiowww!!

20 May 2011

zarin warded lagi...

salam....ini entry pasal my little angle, zarin raihana warded due to lung infection...first time last year bulan 11...second time baru sgt tak smpai 2 minggu lepas....masalah yg sama...kalaulah mama boleh pindahkan sakit zarin, biarlah mama yg tanggung..itulah perkara yg aku akan buat sbb tak sanggup tgk zarin kena cucuk amik darah n etc..

aku ada asthma....so, zarin ada eczema....mild eczema tapi still mencabar menguruskan puteri yg satu ini sbb dari kecik lagi susah bebenor nk cari formula susu dia..lapan formula try, barulah jumpa yg sesuai...for the timing, zarin consume pediasure tapi doc recommend isomil plus pulak..

n dlm masa sebulan ni jugak, zarin is under medication..
2 puff of ventolin x 4 times a day
2 puff of seretide x 2 times a day
a sachet of singulair every nite

ubat zarin lagi banyak dari ubat mama..apa2 pun, kitaorg still bersyukur kerana dikurniakan puteri yg seorang ni sbb masih ramai kanak-kanak lain lebih tidak bernasib baik..budak sebelah katil zarin masa 2nd warded tu tak boleh berjalan...umur 4 tahun, comel paras rupa, bijak berkata2, tapi ibu bapanya diberi ujian lebih berat berbanding kami...irfan dari lahir ada nerve problem...gigih sungguh tgk ayah, mak n nenek irfan menjaga budak comel tu.

sian anak mama..

19 May 2011

red valvet cake & macaroon

salam semua....ini lah dua benda yg aku teringin sgt nk mkn....ntah kenapa...ada order maccaron dlm satu blog ni, tapi tak reply2 smpai sekarang..keciwa mak buyung...huhuhu....

ada jugak kwn2 suggest kat mana boleh dapat...kat empire gallery, kat KLCC...bila la pulak makcik nk g sana semata2 beli benda makanan ni..my hubby, ajak g mines yg dekat dgn umah tu pun, banyak benor ceritanya..

huhuhuu...layankan gambar 2 keping ini bersama kecuran air liur anda...



07 May 2011

LOVE U MOM CONTEST by Amieylee & Shamzaini

LOVE U MOM CONTEST by Amieylee & Shamzaini

As salam kawan2 suma..seperti yang dijanjikan..Amieylee & Shamzaini bergabung untuk satu contest.. Sempena HARI IBU... kami ingin mengajurkan contest "LOVE U MOM"

SYARAT & TERMA CONTEST (hee)

-Follow blog penganjur Amieylee dan blog sponsor Mrs Shamsiah Zaini &Raihana Kurung

-Buat satu entry, letak banner beserta link kat entry ye..Sidebar kamek tak kesah

-Tepek SATU SAHAJA gambar yang menunjukkan kasih sayang ibu, kegembiraan ibu bersama anak atau anak2..anak ayam tak mo k...


-Pastu sila isi tempat kosong nih :

SAYA SAYANG IBU SAYA KERANA....................... (tak lebih dari 10 patah perkataan)

LUCKY DRAW

Kalu tak mau join contest, tapi nak join lucky draw..just tepek banner beserta link and tulis SLOGAN ye.... tak perlu gambar

PEMENANG

2 pemenang untuk Gambar Terbaik

1 pemenang untuk Slogan paling menyentuh hati dan nurani..kira paling mantoppp

2 x lucky draw

P/S: JGN LUPA TGLKAN LINK KAT KOMEN ENTRY NIH YE...BGTAU SAMA JOIN CONTEST ATAU LUCKY DRAW..SEMUA YANG JOIN CONTEST LAYAK UNTUK LUCKY DRAW

CONTEST AKAN DITUTUP PADA

31 MAY 2011 PUKUL 12 MLM

*** untuk yang sudah masuk contest ni di blog amiey lee, tak perlu tinggal link di sini ya...confuse pulak nnti...