click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

24 March 2013

gentle birth/traumatic birth.. pilihan pada anda...

saya akui, sejak saya dalami ilmu birthing (kelahiran), saya mahu lebih mencari apa yang saya masih tidak tahu dengan cabang pengetahuan ini. saya juga ada cuba sebarkan ilmu ini kepada rakan2.. tapi, tak ramai yang nak tahu tentang ilmu ini. saya tak salahkan mereka, kerana saya juga PERNAH seperti mereka.. saya pernah merasa SINIKAL tentang semua ini. sehinggalah hati saya benar-benar terbuka mahu mendalaminya. sudahnya, saya menenangkan hati saya, 'mereka akan cari saya, jika mereka mahu tahu'. sama seperti saya mencari seorang rakan ketika mahu tahu tentang ilmu kelahiran. hugs fazirah!!!

dan hari ini, saya rasa gembira sebab seorang rakan sekolah saya, mahu dalami ilmu ini. sebaya dengan saya, dia kini sedang mengandung anak keempat. tiga yang sebelum ini semuanya c-sect. (doktor kata anaknya besar). saya katakan kepada dia, ada orang boleh bersalinkan anak 5 kg di rumah.. terus dia tanyakan kepada saya bagaimana.. saya terangkan kepada dia tentang ilmu kelahiran yang orang kita biasanya terlepas pandang. dia kata, sangat berminat. jadi saya add dia di closed group gentle birth... alhamdulillah. ilmu yang bermanfaat memang perlu dikongsi.

saya tak salahkan sesiapa dalam perkara ini. mengapa sesetengah orang tak cuba untuk dalami ilmu kelahiran, itu pilihan mereka. sama juga dengan pilihan saya yang MAHU dalami ilmu kelahiran. jika saya dapat undurkan masa, saya dari mula lagi (mengandungkan anak pertama) saya mahu apply teknik gentle birth yang saya belajar.

sama seperti lain2 wanita berkahwin yang disahkan mengandung, saya dulu hanya SUKA untuk tahu apa perkembangan janin saya dari minggu ke minggu. hanya itu yang saya baca. kemudian sedikit ilmu breasfeeding. saya hanya menurut kelaziman. 

kalaulah, saya punyai lebih banyak masa, suka saya mahu berkongsi tentang ilmu2 ini. cuma kesempatan saya sangat terhad. begitu pun, saya berbesar hati berkongsi jika ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang ilmu ini. sama ada gentle birth/traumatic birth.. pilihan pada anda...

15 January 2013

kisah kelahiran natural zuhayra khadeejah mohd zaini


12 Jan 2013 (SABTU)

"Abang, kita rasa kita bersalin pagi nanti la," itu ayat pertama saya sebaik bangun dari tidur kira-kira pukul 11.00 pagi. Semacam ada instinct memberitahu, anak ketiga kami akan dilahirkan tidak lama lagi.

Hari sabtu, kebetulan hari cuti suami. hari ini juga hari family day out utk kami anak beranak.. berjanji mau bawa zarin n adiknya zikri ke Jusco.. dalam lebih kurang 12.45pm kami tiba di Jusco.. makan KFC, bawa anak2 main sebentar, buy some groceries (termasuk jambu air yg saya tak sempat makan sblum melahirkan), kami terus ke rumah mama di Cheras.

Petangnya, saya dan suami sempat meneman mama beli kerusi di kedai perabot. Malam pula, suami hadiri media nite anjuran UMNO di PWTC.. saya terus berada di rumah mama.. plan asal, mahu pulang ke Balakong bersama anak2..

Sepanjang hari sehingga tengah malam, saya memang merasai mild surges.. tapi, with no blood show mahupun membrane ruptured, saya seakan confuse kalau masa untuk melahirkan sudah tiba..

13 Jan 2013 (AHAD)

Bermula 1.00 am... 

Suami pulang dari media nite, kami ambil keputusan untuk tinggalkan anak2 di rumah mama.. dalam perjalanan balik, suami ajak saya terus ke hospital, tapi saya insist.. saya katakan, saya mahu duduk di rumah sebab surges yg saya rasa masih far apart... around 20-30 minit dan saya masih boleh kategorikan sebagai mild surges.

Sampai di rumah, saya terus mandi.. having a warm shower sangat menenangkan. suami tanya lagi, perlukah inform gynea kami, Dr Haw. saya katakan, nanti dulu.. selepas mandi, rasa cuba lelapkan mata bersama suami.. sambil itu, kami pasang lagu relaxation di Youtube.. dengan kedudukan lateral di atas katil, saya rasa mengantuk, kekadang terlelap, namun bila surges datang, saya akan terjaga.. 

Sehinggalah saya rasa, surges saya semakin kuat.. saya call Dr. Haw utk beritahu perkembangan dan kata padanya saya mahu terus stay di rumah.. saya tengok jam, pukul 3.30am.. cepatnya masa berlalu!! Dr haw cakap, bila nk keluar ke hospital, baru inform dia..

Sampai pada satu ketika, dari kedudukan lateral, saya perlu berada dalam kedudukan all four setiap kali surges datang. kali ini lebih kuat.. saya juga vocalize untuk mengurangkan tekanan surges.. kedudukan itu sangat membantu.. selepas itu, saya bereksperimen dgn pelbagai kedudukan setiap kali surges datang.. squatting, walking, all four, leaning against the wall...semua saya cuba.. 

Lebih kurang pukul 4.45am, saya katakan kepada suami yg saya mahu ke hospital.. selepas menukar baju dan seluar, kami terus ke columbia asia.. dr haw saya hubungi sebelum kami keluar rumah.. saya minta suami bawa kereta laju sebab ketika itu, saya dapat rasa seolah2 ada urge utk push..cuma belum kuat.. satu yang saya risaukan, saya mungkin diberitahu bahawa saya hanya baru beberapa cm dilated, yg tentunya akan mengecewakan saya..

Sampai di hospital kira-kira 5.10am, saya terus dibawa ke labour room.. heart beat n surges saya diperiksa.. alhamdulillah, saya tidak menjalani sebarang VE (vaginal examination) yg sangat digeruni banyak wanita in labour, termasuk saya!! 15 minit di dalam labour room, Dr. haw tiba dan guess what, saya masih boleh ketawa di antara surges!! satu keadaan yg saya tak dapat rasakan semasa mahu bersalinkan anak pertama dan kedua!!

tiba2, saya dapat rasakan ketuban saya pecah.. saya beritahu suami dan dr haw kata, awak akan bersalin cepat.. kata2 dr haw sedikit sebanyak jadi motivasi kepada saya.. dia juga banyak katakan kepada suami, " jangan risau, baby akan keluar sendiri, tak perlu push'...

10-15 minit selepas ketuban pecah, rasa mula rasa urge utk push.. tapi, saya menahan diri utk push.. saya akui, ketika itu, saya lupa cara utk breath down the baby.. jadi, saya hanya ikut flow.. let the body and baby do their job.. 

dari kedudukan squatting (yang saya wish dalam birth plan), saya menukar kepada all four. saya rasa lebih selesa. dengan kedudukan itulah, saya melahirkan baby saya..saya dapat rasakan 'Ring of Fire'... pertama, saya dapat rasakan baby crowning... disusuli tangisan baby ketika sebahagian besar badannya masih berada dalam saya..

"Kepala baby dah keluar, sayang," kata suami.. saya lega, sebab saya tahu, semuanya akan berakhir cepat.. tak sampai 5 minit, saya selamat melahirkan zuhayra khadeejah.. bayi sihat seberat 3.42kg.. dia sangat alert, menangis di saat kami lakukan skin bonding.. dr haw biarkan kami 3 beranak dalam masa 20 minit... placenta saya dilahirkan dlm masa kurang 10 minit baby keluar alhamdulillah.. suami saya potong tali pusat hanya selepas 20 minit baby lahir...

tarikh 130113 pada jam 5.40am itu tidak akan saya lupakan. alhamduillah, saya tidak alami blood loss.. hanya first degree tear yg tak memerlukan jahitan.. pengalaman birthing kali ini sangat berbeza dengan yg dua sebelumnya.. saya juga sangat bertenaga selepas melahirkan.. tidak sleepy dan rasa sangat sihat... 

saya akhirnya merasai pengalaman bersalin natural saya.. alhamdulillah.. no drugs, less pain, lebih relax dan tenang.. kini, saya juga punyai kisah hypnobirthing/natural birthing utk dikongsi.. alhamdulillah..

- shamsiah zulkafli-