click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

29 November 2014

BELI RUMAH: PILIHAN PERLU TEPAT

Assalamualaikum...

Kali pertama beli rumah dahulu, saya dan suami hanya mampu beli townhouse di balakong pada tahun 2007. Semuanya berlaku terlalu cepat (gamble juga).. Suami terjumpa brochure, terus dia ke show house.. dan tentu2 lah jatuh hati sebab show room cantik.. 

Kami buat join loan, sain S&P sebelum nikah. (lagi gamble)... Alhamdulillah, rumah bernilai RM170,000 ketika itu, kami duduki dua tahun selepas kahwin.

Sekarang, nilai rumah itu dah mencecah RM360,000 (tahun 2014).. Naik sekali ganda... Bila anak dah tiga (dua perempuan, satu lelaki), mulah terfikir nak cari rumah baharu. Nak ruang yang lebih luas, anak2 pun nak ada bilik sendiri.. Maka pencarian pun bermula....

Keputusan nak beli rumah baharu juga dibuat secara adhoc. disuarakan oleh saya semestinya antaranya mengambil kira hasrat saya untuk menjaga ibu bapa saya bila mereka tua kelak. Mama & baba sekarang tinggal di flat kos rendah. bila tua nnti, dah tentu tak larat naik tangga.. Jadi, saya sebagai anak sulung perlu fikir untuk masa depan mereka.

Dalam masa dua minggu, saya 'shopping' di mudah.my. 


saya dan suami sempat tengok satu rumah di taman equine.. single storey, corner lot, harga RM410k.. Rumah tinggal, jadi banyak kena fikir sebelum beli.. semuanya kena buat balik termasuk porch yg kecil.. So, kami tak beri maklum balas kemudian..

Saya terus layari mudah.my setiap hari. kalau anda semua perasan, bila tengok mudah hari2, kita akan tahu mana rumah baru masuk iklan sbb biasanya iklan tu dah di set 'auto generate'... ada rumah yg dah dijual pun diiklankan semula.. So, kena alert dengan iklan baharu.

Saya juga terlepas dua buah rumah single storey lot corner di seksyen 7 bangi.. semalam masuk iklan, hari ni call, dah orang lain book. memang cepat betul orang book sebab harga bawah RM400k.

Apa yang saya nak katakan, sekiranya anda nak membeli rumah, perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Lokasi - Pilih yang dekat dengan kemudahan (sekolah, masjid, kedai & sebagainya)
2. Vacant atau tidak - Seelok-eloknya pilih rumah yang diduduki, rumah rumah tinggal.. Jadi kos yang perlu dikeluarkan tak tinggi
3. Buat pilihan bijak - Jangan tergopoh-gapah beli rumah. Survey, survey dan survey.
4. Kalau boleh direct dgn owner lebih bagus..
5. Belilah rumah secepat mungkin, sebab harga rumah tidak mungkin akan turun




27 November 2014

MAA MEDICA2015 : PLAN INSURANCE PERUBATAN PALING MURAH!!


Assalamualaikum.. 

Di sini, saya suka berkongsi sedikit ilmu yang saya tahu untuk manfaat bersama.

Semua orang setiap bulan memang ada peruntukkan wang setiap bulan untuk bayar insurans. Tapi, seiring pertambahan masa (belanja bertambah, anak makin ramai, harga barang naik), kita rasakan bayaran ansuran insurans macam satu beban pula.. Sedangkan insurans itu memang penting.

Jika satu family ada tiga orang anak (ibu, bapa, anak 3 orang - 5,3,1 tahun), kita biasanya akan sediakan bayaran RM500 sebulan hanya untuk insurans..

Macam mana kalau saya kata, sebenarnya ada pilihan lebih baik. Maknanya, dengan bayaran bulanan yang lebih rendah, anda sebenarnya boleh dapat nilai coverage yang sama, malah LEBIH BAIK lagi.. 

Sudah tentu, anda dapat jimatkan perbelanjaan bulanan dan dalam masa sama dapat pula perlindungan insurans..

Nak tahu cerita lebih lanjut tentang MEDICA2015, boleh la hubungi saya..

SHAMSIAH
012-651 2347
zarin.raihana@gmail.com 


17 November 2014

SET SKII ORIGINAL & MURAH

I am not a beauty conscious. Selama ni, kalau beli barang penjagaan muka, tak pernahnya habis... punyalah beria beli satu set siap cleanser, toner, night cream n what so ever, tapi pakainya, NAN HADOO...

Selalunya mmg takkan habis.. sebab malas..... Until one day, I scroll my FB timeline, and jumpa a friend jual barang SKII lagi murah dari harga market... So, i decided to try... 


I bought these 4 items for RM199.. Which is for me, oklah for first timer..I got:

Facial treatment Cleanser 20g
FT Essence 30ml
Cellumination Mask in Lotion 30ml
Cellumination Deep Surge Ex 15g

Function : more to treat dark spot, pigmentation, scar, whitening, acne

After dua minggu pakai, rasa macam flawless sangat.. Hah gitu.... n best.. of course la. barang mahal, kan.. harga yg mahal jugak macam satu motivasi untuk i terus pakai sbb rugi woooo kalau tak usik.. membazir..

Jerawat kurang naik, kulit muka tak kering (meaning sesuai lah tu). pore pun makin mengecil..

Baru berapa hari lepas, i repeat order utk saiz besar cleanser 120 g & 3 bottle facial treatment essence 30 g.... 

Kepada yg nak try, boleh contact my friend shima @ 016-220 3947
Service shima mmg tip top, dia akan bagitau cara pakai lagi...

SZ: I tak dpt komisen pun utk entry ni ye... hehe.. saje tolong kawan2 bisnes.. seronok tgk orang berjaya.. moga2 kita juga sukses satu hari nanti.. AMIN...

Gambar2 di bawah adalah antara produk SKII dijual shima... dan ada banyak lagi.. Boleh tgk di facebook shima di

https://www.facebook.com/shima.vogue

or instagram

@shimazul84

shima @ 016-220 3947












 

13 November 2014

BERBALOI BELI BARANG KAHWIN DI GM KLANG

This entry will be one very famous in my blog especially utk bakal2 pengantin. Semoga tajuknya memudahkan pencarian di internet untuk future raja sehari..

Last week, berpeluang meneman adik yg bakal berkahwin ke GM Klang... lokasinya juga amat mudah.. Kalau dari Cheras, kami gunakan MRR2 terus ke KESAS ambil exit Taman Botanic Klang.. Terus sahaja dari exit, dh boleh nampak GM Klang dari jauh...

Begini rupa bangunannya..

Parking pun mudah.. Ada yg dalam bangunan, ada yang luar bangunan.. Kami pergi hari Khamis.. so, tak banyak kereta.. FYI, this is the first kami datang sini..Kami parking di tingkat 6... yang tak bestnye, naik parking tu pusing2 sampai ke atas.. kalau tak mau pusing2, sila parking di tingkat bawah sahaja... YES, itu tips pertama..

Sampai sahaja dalam tu, kami teruskan misi nk mencari item2 ini:

1. Bunga Telur
2. Bunga Penanggah
3. Glass beads utk lace baju
4. Paper bags
5. Woven bags
6. Bunga hiasan Dulang
7. Ribbon
8. Bunga tangan pengantin

Sempat survey harga barang di beberapa kedai.. rata2 bagi woven bag RM0.15 sen seunit... paper bag pulak semuanya RM0.69 sen ke atas... Kalau dapat yg lagi murah, lagi bagus kan.. Sampai lah kami ke sebuah kedai jual barang2 kahwin... nama kedai tu tak ingat seriously... CINTA HATI? CINTA SAYANG? Lebih kurang gtulah..

Kedai tu memang besar berbanding kedai2 jual barang sama yang lain. Harga woven bag sama je, RM0.15 sen seunit. Kalau beli 1,000 pcs ke atas, dapat RM0.12 sen.

Tanpa ragu2, kitaorg terus beli hampir SEMUA barang kat situ...

woven bag
RM0.15 sen /pcs
Beli 700 pcs



Paper bag (saiz 3/4 kertas A4)
RM0.40 sen/pcs
Beli 500 pcs

Bunga telur
RM1/pcs

Ribbon - RM 7 segulung
Bunga pink - RM5 sejambak
Bunga merah (untuk bunga tangan DIY) - RM6 sejambak
Daun biji2 hijau (untuk DIY bunga tangan) - tak ingat berapa RM






Bunga penanggah
RM0.60 sen.pcs
Beli 200 pcs

Total belanja adalah RM570++ untuk semua item di atas.. Which is kami sangat2 puas hati.

Untuk Glass pearl, kitaorg turun satu tingkat ke kedai lain.. Gambarnya lebih kurang macam ni.. (pix from Google)

Glass pearl besar - seikat RM3
Glass pearl kecil - seikat RM4
Beli berapa banyak tak ingat dah..

Kesimpulannya, memang berbaloi2 pergi GM Klang ni.. harga pun murah.. Sedikit tips saya berikan untuk bakal2 pengantin..

1. Untuk beli barang, tanya harga yang paling murah dulu...
"Dik, paper bag mana yg paling murah?". Dia akan tunjuk yg harga 30 sen gtu.. tapi kecik sangat of course.. "Bagi saya yang 50 sen ada?? So, dia tunjuklah yg macam kami beli tu..

(macam tu jugalah untuk barang2 yg lain di atas)

2. Survey dari kedai ke kedai...
Kami bandingkan harga 3-4 buah kedai... Ni kena rajin sikit la

3. Kalau boleh, beli sahaja sekali untuk kedua2 belah pihak (pengantin lelaki & perempuan). Harga lebih murah kalau kuantiti banyak.

4. Pergi pada hari biasa sebab kurang sesak

5. Tak perlu bawa luggage macam kami. Sebab staf kedai akan tolong hantar barang sampai ke kereta

Harap2 entry ni dapat membantu anda!!!

I'M BACK!!





What a hiatus record I set... lebih setahun dan memang lama sungguh.. Now, i'm back dan of course for good..

This time, i decided to write on review.. ulasan tentang pelbagai perkara since i also suka surfing blogs utk dapatkan any review.. pasal percutian, beli rumah, good goods, kongsi tempat2 best utk shopping n etc..

I hope, this kind of review boleh lah membantu sesiapa di luar sana yg nak tahu pasal sesuatu daripada i merapu tak tentu pasal pasal kehidupan peribadi i.. yang tu, biarlah i simpan sahaja..

- SZ-