click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

24 March 2013

gentle birth/traumatic birth.. pilihan pada anda...

saya akui, sejak saya dalami ilmu birthing (kelahiran), saya mahu lebih mencari apa yang saya masih tidak tahu dengan cabang pengetahuan ini. saya juga ada cuba sebarkan ilmu ini kepada rakan2.. tapi, tak ramai yang nak tahu tentang ilmu ini. saya tak salahkan mereka, kerana saya juga PERNAH seperti mereka.. saya pernah merasa SINIKAL tentang semua ini. sehinggalah hati saya benar-benar terbuka mahu mendalaminya. sudahnya, saya menenangkan hati saya, 'mereka akan cari saya, jika mereka mahu tahu'. sama seperti saya mencari seorang rakan ketika mahu tahu tentang ilmu kelahiran. hugs fazirah!!!

dan hari ini, saya rasa gembira sebab seorang rakan sekolah saya, mahu dalami ilmu ini. sebaya dengan saya, dia kini sedang mengandung anak keempat. tiga yang sebelum ini semuanya c-sect. (doktor kata anaknya besar). saya katakan kepada dia, ada orang boleh bersalinkan anak 5 kg di rumah.. terus dia tanyakan kepada saya bagaimana.. saya terangkan kepada dia tentang ilmu kelahiran yang orang kita biasanya terlepas pandang. dia kata, sangat berminat. jadi saya add dia di closed group gentle birth... alhamdulillah. ilmu yang bermanfaat memang perlu dikongsi.

saya tak salahkan sesiapa dalam perkara ini. mengapa sesetengah orang tak cuba untuk dalami ilmu kelahiran, itu pilihan mereka. sama juga dengan pilihan saya yang MAHU dalami ilmu kelahiran. jika saya dapat undurkan masa, saya dari mula lagi (mengandungkan anak pertama) saya mahu apply teknik gentle birth yang saya belajar.

sama seperti lain2 wanita berkahwin yang disahkan mengandung, saya dulu hanya SUKA untuk tahu apa perkembangan janin saya dari minggu ke minggu. hanya itu yang saya baca. kemudian sedikit ilmu breasfeeding. saya hanya menurut kelaziman. 

kalaulah, saya punyai lebih banyak masa, suka saya mahu berkongsi tentang ilmu2 ini. cuma kesempatan saya sangat terhad. begitu pun, saya berbesar hati berkongsi jika ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang ilmu ini. sama ada gentle birth/traumatic birth.. pilihan pada anda...