click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

01 November 2012

cake review: turkish indulgence secret recipe


i just ate this brand new turkish indulgence@ secret recipe..... thanks to hubby yang mendapatkan hanya dlm tempoh 30 minit... i tak paksa ok... hubby yg tak kerja beriya-iya hantar ke opis.... :)

when i first saw the pic, i know this kind of cake must be full of texture... rasa dia far away from choc indulgence... but, if u ask me, i will say, i prefer choc indulgence la.

on the top, ada pistachio dengan topping coklat... 2nd layer, cream cheese, followed by choc cake n layer of choc cream... 

bottom dia pulak, ada coklat yg soooo rich with kacang (apa jenis ntah), a kind of jelly macam dalam coklat blackforest cadburry tu and marshmallow... honestly, this layer, i tak berapa berkenan sangat la... sooooooooo rich ok.... n layer ni jugak buatkan kek ni a bit sweet... bagi i, tak ubah macam makan coklat blackforest cadbury je..

i rasa, ni je la sekali i makan turkish indulgence ni.. lepas ni i prefer choc indulgence, tiramisu or cheeze choc je la kot...

disebabkan texture yang terlalu banyak tu jugak, no wonder the price of this cake jugak mahal... RM10 for a slice n RM120 for the whole cake... walllah!!!!

nak rasa? cubalah!!

tira misu.....

assalamualaikum...



inilah rupa my first tiramisu beberapa bulan lalu.... dan semalam, bila bukak kitchen kabinet, ada sekotak lagi  pittsburgh cake mix yg dah nak expired... so, terpikir utk buat kek yang sama lagi..

last time, cream cheese brand tatura tu macam tak berapa nk best sangat... so, this time nk guna Philladelphia Cream Cheese... 

last time juga, i took 3 hours nk membaking tiramisu ni... 3 kali pegi lari tidokan zikri, sudahnya, whipping cream i pun tak menjadi...

so, this time nak membuat tiramisu dgn jayanya....

30 October 2012

masuk 3 dah??

sila baca tajuk di atas dgn nada sinikal sambil mengangkat kening kehairanan... kerana itulah juga atmosphere entry ini... sinikal.. 

i berkahwin pada ogos 2008... julai 2009, i dikurniakan puteri sulung... september 2011 seorang putera.. dan soon, seorang lagi puteri bakal lahir pada jan 2013. inshaallah.. apabila perut i mula membuyung, ramai memandang (dengan sinis)... mengandung lagi ke??? i senyum jer...malas nk cakap banyak..

satu kesilapankah i pregnant lagi? i tahulah... persekitaran membuatkan orang pandang sinis... sebab i dgn suami i satu tempat keje.. orang kenal i, kenal juga suami i.. so what? lupa pulak i.. orang kita memang suka kata2 di belakang kan...

bagi i, ini rezeki... anak i, i yang bagi makan... suka hati la i nak berapa anak pun. in the other word, i mampu okey... (dah berlagak la pulak kan).. tapi itulah realitinya.. Dia memberi berdasarkan kemampuan kita.. i terima seadanya.. ramai anak seronok apa..

timbangkan kes-kes di bawah (tiada kaitan dengan individu tertentu)...

KES 1

* sepasang suami isteri telah 3 tahun berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak.. rupanya, jodoh mereka tak lama. hikmahnya, kes perceraian mereka tidak perlu dipanjangkan untuk hak penjagaan anak dan sebagainya.. jika ada anak pula, dibimbangi anak itu akan terganggu emosinya dek perceraian sang ibu dan bapa

KES 2

* sepasang suami isteri telah 2 tahun berkahwin, tetapi tinggal berjauhan...seorang di semenanjung, seorang di sarawak.. bayangkan jika mereka ada anak... tentu sukar menguruskan emosi anak dan diri sendiri sebab terpaksa berjauhan dengan pasangan masing2

KES 3

* sepasang suami isteri, dua2 bekerjaya n bergaji besar... dikurniakan 7 anak berderet2.... mereka mampu menggaji maid, maka tiada masalah bagi mereka.. hidup mereka bahagia

KES 4

* sepasang suami isteri, dikurniakan 6 anak.. suami bekerja tetapi isteri tidak... rumah tangga sering berdepan masalah.. itu dugaan keluarga mereka

KES 5

* sepasang suami isteri, berkahwin 3 tahun tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.. sempatlah si isteri sambung belajar n menyempurnakan MBA nya... tiba2, bapanya sakit... dia berpeluang menjaga bapanya sehingga orang tuanya itu menghembus nafas yang terakhir.. Allah berikan keistimewaan kepada dia utk berbakti kepada bapanya... jika dia ada anak lebih awal, tentu dia perlu bahagikan masa antara anak dan bapa.. selesai semua tanggungjawab dalam hidup, dia akhirnya mengandung.. indahnya perjalanan diatur Dia..

KES 6

* sepasang suami isteri, berkahwin 6 tahun.. masih belum mengandung... dia masih menikmati saat2 kehidupan berbulan madu... manis bukan?


Nah, setiap yang berlaku dalam hidup kita pun sama.. perjalanan diatur Dia sudah tertulis.. ada sebab mengapa si A hidupnya begitu, si B hidupnya begini... syukuri nikmat dari-Nya...

bagi i, perihal anak rezeki Dia.. jangan dipersoal..Dia tahu yang terbaik untuk kita.. jaga sajalah amanah yang diberi Dia..

inshaallah..


23 October 2012

envy nya saya...

salam...

saya envy pada sesetengah orang yang berpeluang sambung belajar.. setinggi yang dia mahukan.. walaupun saya tahu, itu adalah pilihan yang saya sendiri boleh tentukan... tapi, nak buat macam mana... setiap yang Dia aturkan ada hikmahnya... mengapa Dia tidak beri kesempatan kepada saya untuk sambung belajar dari dulu?

sebab saya anak sulung.. masih ada 4 adik yang perlu ditanggung.. bapa kerja biasa2 saja, ibu suri rumah sepenuh masa yang ambil upah jahitan... jadi, saya ambil keputusan untuk terus kerja.. alhamdulillah, Allah Maha Besar, saya tidak perlu tunggu lama utk dapat kerja.... dgn itu, dapatlah saya bantu keluarga... 

masa belajar di UPM, keluarga kami takde kereta.. ketika itu, kami lima beradik (2 masih bersekolah menengah dan rendah)... kalau nk balik kampung, kena pinjam kereta pakcik... so, saya dgn adik lelaki kena naik bas la... bagi peluang pada yang kecil naik kereta.. 

lepas setahun kerja (sebelumnya, hari2 ayah hantar ambil saya naik motor)....saya pun beli kereta... myvi hijau... itulah kereta pertama keluarga kami selepas bertahun2... tiada lagi pemandangan terkangkang2 naik motor dengan adik ke econsave untuk beli minyak masak, beli beras, beli kicap utk mak... saya ingat satu dialog adik : "Sampai bila kita nak macam ni Long? beli barang2 naik kereta?."

saya diamkan ajer...kerana saya tahu, nasib keluarga kami akan berubah... alhamdulillah, daripada takde kereta langsung, kini lepas 7 tahun, keluarga kami sudah ada 5 kereta.... pilih je la nk naik kete mana kalau balik kampung beramai2..

itu sebab utama mengapa saya tidak sambung belajar ketika itu... dan adik saya yg no-3, Rabiahtul sangat bertuah.. kerana dia dapat terus peluang utk buat master... mula2 saya agak menentang juga... hati saya berkata, kerjalah dulu... tolong mama n baba.. tapi bila saya pikir balik, dia bukan saya... saya dan Angah pun dah bekerja.. biarlah dia dgn cita2 nya... saya support dia 100%..

dan sekarang, masuk tahun kelima saya berkahwin, (bakal timang anak ke-3 awal tahun depan), saya mula berfikir balik utk sambung study.. tapi, mampukah saya? a maidless working of 3 mom......panjang sungguh descriptionnya... sedangkan sekarang pun, kain hanya berlipat sebulan sekali (bertuah kalau dapat)....selalunya 2 bulan sekali kot.. kuang...kuang...kuang...

suami pun sokong kalau saya sambung belajar.. cuma banyak yang perlu diambil kira...masa, tenaga, anak2, pengorbanan.. paling penting, kalau nk belajar lagi, saya tak boleh susahkan orang lain.. dalam ini kes, mama n baba la.. 

hmmm... akan difikirkan nanti..... harap semua dipermudahkan...

AMIN.....

10 October 2012

langsir nagoya : bila nak siap?

Salam....

Sabtu lepas, hati i berbunga2... Mau ambil langsir baru di Nagoya... Sehari sebelumnya, i call, diaorg bgtau langsir i dah siap... so, betul2 lepas maghrib, i, hubby n anak2 pun keluar la menuju jalan TAR... sesampai di sana, i kecewa.... jam 8.15pm pada hari Sabtu, Nagoya sudah tutup....

WHAT?? i seakan mau mencarut... tapi diubah menjadi perkataan yg lebih sedap didengar, i istighfar.... 1000 kali bagus anak2 mendengar i istighfar daripada carut yg bukan2....hihihi... tapi i tetap panas hati.... which shop on earth yg tutup kedai awal on hari sabtu kat tengah2 KL?? ya betul, Nagoya la...

tapi, i mengaku itu silap i la..sebab tak tanya diaorg tutup pukul berapa.. tak pulak i menyangka diaorg tutup kedai pukul 8... lagi2 malam minggu NOK... punah harapan i.. punah2 juga, dan yg paling perit, i perlu menadah telinga dimarahi suami sebab tak tanya operation hour diaorg.. i ulangi... SUAMI... oh syukur, sekurang2 kurangnya i ada SUAMI untuk memarahi i.. so, i pekakkan telinga je la.. :)

next day, this time ditemani anak buah i yg belajar kat UPM, i pegi lagi Nagoya... i parked depan Nagoya jer.. Ami tunggu dalam kete... masuk parking RM10 per entry ko!! tak mampu i... i pun drive Myvi je kan... bukan kete import... (ayat tak boleh tahan)...

Sekali lagi, dgn hati berbunga riang sambil membayangkan langsir i digantung di sliding door, i naik ke tingkat 3... bagi resit, bila dapat je barang, i tgk langsir i belum dipasang ring... (i buat design eyepleat with ring)... OH my english!!! i tanya, kenapa belum pasang? diaorg jawab, sbb kaler ring yg i nak tu, tak cukup... ok la...i pilih kaler lain yg lebih kurang... tak cukup jugak.... i boleh beralah lagi... i suruh diaorg pasang ring kaler gold utk langsir dapur i... takpela, dapur je, cetus hati kecil i...

nak jadi cerita, ring kaler coklat utk sliding door i still tak cukup.... diaorg cakap, benda takde, so kena order... i pun mulalah mengamuk, mak jemah... 

"u all ingat, keje saya nk datang sini je amik langsir? tgk perut memboyot ni, penat tau naik2 tangga... bila saya call tanya langsir, u all cakap dh siap... so, saya expect utk dtg, tgk apa patut, terus boleh bawak balik langsir..

i sambung lagi....

"bukan saya sorang je yg tempah langsir kat sini tau..sepatutnya ring tu kena ada stok la... saya dah tak mau datang sini utk ambik langsir saya nanti.. hantar dekat saya!!!"

begitulah kemarahan yang i hamburkan.. gila tak marah ko!! dan sehingga hari ini, rumah i masih berlangsir lama.... huhuhu

28 September 2012

review : Damai Beach Resort Kuching

salam...

last july, i berkesempatan ke kuching wif family.. we'we having a 5 day vacation... sebab apa lama? bawak budak2 memang cam tu la.. have to expect the unexpected.. :)

on the very first day tu, hubby decide utk stay dekat Damai Beach Resort.. jauh sikit from bandar Kuching, tapi utk permulaan trip, kira ok la utk merehatkan minda..

kitaorg pilih utk stay dekat chalet, which is more spacious n konon2 nk privacy lebih...

a chalet dgn view gunung santubong

the pool
the room was very nice too.. besar utk anak2 bermain.. bilik kitaorg ada 2 queen size bed.. sangat selesa..




after having a brief nap, kitaorg pun berjalan2 menikmati keindahan pantai yg boleh nampak dari tingkap chalet..

the view was breathtaking!!!

overall, this resort is strongly recommended utk honeymooners or family trip.. utk yg ada anak2 kecik, ada van disediakan utk ambil n hantar korang ke chalet (sebab kawasan ni besar jugak..penat nk jalan).. utk honeymooners, boleh la stay sini utk 2 malam utk menikmati saat2 romantis bersama... ewah!!

the price range utk chalet is around RM300++ per nite.. but we're soooo lucky sbb dapat RM200++ jer... kalau datang kuching, jangan lupa datang Damai Beach Resort... resort ni jugak sangat dekat dengan Sarawak Culture Village...

how i wish.....

salam...

how i wish.... macam2 yg kita wish dalam hidup... tapi, tak semuanya kita akan dapat.. Allah knows the best kan... Dia bagi apa yang kita perlukan..

lately ni, rasa macam, if i have the talent of sewing.... jeles tgk orang pandai jahit.. macam2 boleh buat sndiri... lagi2 pulak my passion now in biz, mmg related dgn sewing.. selalu berangan to have a corner yg purposely dedicated utk sewing jer... mesin jahit, a big wardrobe utk letak kain2 n barang jahit.... bestnyer...

masa tu nnti, mungkin dah tak perlu pikir pasal opis... duduk rumah, menjahit sambil jaga anak... best kan.... how i wish...


24 September 2012

puding roti

salam..

sejak preggie, sudah 2 kali mau makan puding roti... maka, semalam, lepas g giant mines beli barang, maka terhasillah ini..

loyang pun baru beli semalam ni!!

dgn sos custard

resepi puding roti (untuk loyang standard 7-9 inci)

roti 7 keping
butter
telur 5 biji ( 2 biji ambil putihnya sahaja)
esen vanilla
fresh milk
gula (tak payah manis sgt sebab sos dia nnti dah manis)
almond flakes (optional)
tepung custard

UNTUK PUDING

1. sapu dua2 belah permukaan roti dgn butter.. koyakkan roti sesuka hati, susun dalam loyang
2. pukul 2 mug fresh milk + telur + esen vanila + gula sampai kembang
3. masukkan sebatian yg dah kembang dalam loyang yang ada roti tadi
4. taburlah almond flakes.. letak choc chip pun sedap

UNTUK SOS

panaskan campuran 1 1/2 mug fresh milk + 1 1/2 sudu tepung custard + gula secukup rasa (nak manis, letak gula banyak)... masak sampai agak2 pekat.. (jangan sampai hangit)

puding roti ni i suka makan masa panas2.....sedap woooo!!! selamat mencuba...





22 September 2012

Kedai Kain 1 Malaysia

salam..

ini bukan entry politik.. saja mahu kongsi my passion... pada yg belum tau, i mmg hantu kain... dari kecik, mmg i dah disajikan dengan pemandangan kain di dalam rumah sebab mak i tailor.. so, membawak sampai ke beso, dan i yakin, passion i ini akan diwarisi zarin raihana pula..hehehe..

berbalik kepada tajuk dia atas.. semalam, i n hubby ada sedikit hal kat area hulu langat.. saje pusing2, bukan nk mandi sungai pun..tetiba ternampak kedai kain 1 malaysia ni... terus cakap kat hubby nk singgah jap.. tak sempat pun nk snap gambar sbb mendukung my boy...

berikut gambar yg ada di google..






harga kain2 sini memang murah.. tapi i tak sempat belek lama sangat... i cuma berkenan tang chiffon Rm5 semeter.. kain mmg best.. lagi satu tang kain lycra pelangi tak ingat berapa Rm semeter.. murah la agaknya tu. kalau i pandai buat tudung, i beli dah... 

average, harga kain kat sini boleh dikatakan murah.. kualiti? i tak tau la..blm beli.. selain kain utk baju kurung, baju melayu bagai, ada jugak jual kain langsir n kain tudung.. ok what??


21 September 2012

langsir nagoya...

salam..

sambung entry langsir.. entah kenapa lately ni, terasa nak sangat mendeko rumah...alah, bukan la sehebat deko2 eric tu..sesaje.. maklum je la, masa masuk umah 2 tahun lepas, me n hubby tak mengecat umah... pakai mana yg kontraktor bagi ajer.. save bajet gtu..so, bila nak cat umah ni, kononnya langsir pun tukar baru la.. yang hado kan..

penulisan entry ni jugak bukan lah nak menunjuk2 kiah oi.... untuk review sesiapa yg mungkin nak menempah langsir ke.. lain la kalau i tempah langsir harga ribu2... itu lain cerita ok..

mula2, me n hubby pegi nagoya dulu.. tgk2 kain n tanya upah. then ke kamdar utk tujuan sama.. tujuannya utk membandingkan harga of coz.

kain kat dua2 tempat cantik2 belaka..cuma, kat kamdar mahal sikit la...kain yg cantik2 kat kamdar harga smpai RM30++ semeter, sedangkan kat nagoya boleh dapat around RM16.80 semeter.. tepuk dada, tanya lah selera..

upah pulak, kalo ikut langsir yg kitaorg nk buat, design eye pleat yg pakai ring tu, kalo kat nagoya hanya Rm9 sekeping tak termasuk ring.. kat kamdar, upah utk langsir tu RM22 sekaki... mahal nyah!! so, kitaorg amik yang termampu, kat nagoya je la..

lepas pilih kain (jacquard + sheer), aku pun duduk berbincang tentang ukuran langsir.. almaklumlah, fisrt time tempah langsir, so, aku just ikut ukuran langsir kat umah yang mama jahitkan dulu... dapat pulak budak baru keje kat nagoya..macam nak gaduh jugak la aku dgn dia... rupa2nya dia tak pandai kira kalo ikut ukuran kain langsir.. dia pandai kira ikut ukuran panjang railing je..

kitaorg beralih arah kepada seorang budak lelaki yang serba boleh... dia luki, kira bajet, kira upah... maka, terhasillah ini...

jenis kain + ukuran

dalam masa 2 minggu lagi siap... tunggu ek camana rupa langsir baru ni nanti... 

19 September 2012

langsir oh langsir

salam..

sudah hampir 2 tahun langsir rumah tak bertukar since pindah... sheer putih pun dah berubah warna... mujur the jacquard one kaler merah.. so, tak nampak la kotornya.. alkisah, last week, berlangsunglah satu dialog antara mama, abah n si anak sulung :

mama : abang, esok jom kita beli langsir..
abah : kat mana?
(tetiba anak yg sulung menyampuk)..
zarin : tak payah la mama... langsir tu kan ada..membazir je.. (sambil muncung tunjuk langsir yg tak pernah dibasuh)
mama : ala zarin..langsir tu tak pernah basuh la..
zarin : biar je buruk mama...

senang kan anak i cakap.. hehehe...tapi, alhamdulillah, dia dah tau konsep membazir yg diterangkan seblm ni.        so, semalam, dgn jayanya, kitaorg bertiga pun pegi la ke KL utk cari langsir...

tempat yg dituju pun hanya 2... Kamdar n Nagoya... nk tau kat mana kitaorg akhirnya tempah? tunggu next entry.... hehehe..

lupa password..

salam..

ini adalah entry aktif semula selepas terlupa password... sekian utk kali ni..

NOTA KAKI : tu la yg jadi kalau banyak sgt emel n pasword... huhu

24 March 2012

lama diam...

salam..hampir sebulan blog TIDAK ber 'update'...berikut antara yg berlaku sebulan ini..

1. Raihana Collection biz started...macam biasa, online biz ni memerlukan masa yg agak banyak...so, kena pandai2 curi masa la..

2. update on zikri..now dh 6 1/2 mo..masih fully BF...of coz so proud dgn diri sndiri sbb zarin dulu failed BF..

3. kenduri akikah zikri berlangsung dgn jayanya...alhamdulillah..thanks pada yg sudi hadir

4. rezeki bertambah lagi...syukur ya Allah...moga saya dapat jalankan tanggungjawab dan amanah yg diberi dgn baik

5. disebabkan no. 4, time keje saya sudah berubah...3pm-11pm daily..pagi boleh setelkan anak2 dulu sblm pegi umah mama...

6. plan mahu sekolahkan zarin....genius aulad mungkin....atau mana2 islamic play school...biarlah dia belajar bedoa dulu sblm menyanyi nursery rhymes..

7. sempat hadiri no plan small gathering dkt umah long best friend, fazirah....jumpa baby hasan yg sihat buat pertama kali..kalau zikri saiz itu juga, tak larat gamaknya mama n bwk awak dgn kakak pegi umah opah sndri tanpa abah di sisi..huhu..

8. oh.....balik kampung on awal feb...anak buah kahwin kat kluang...next plan maybe april..

*** tiba2 saya rasa macam mau preggie lagi...boleh?? MOTIF? hihihi

29 February 2012

CRAZEE COTTON CONTEST




salam...


 'CRAZEE COTTON CONTEST'... 


anda tak payah susah2 send gambar kat kami, tapi kami yang akan post kan gambar anda di 'raihana collection' FB page untuk diundi rakan2 anda..



cara penyertaan pun mudah saja...


1. LIKE FB page 'raihana collection'

2. carilah gambar anda berbaju COTTON (tak kisahla english cotton, japanese cotton, viscose cotton, cotton vietnam)..janji COTTON.

3. mestilah BAJU KURUNG (segala jenis kurung termasuk KURUNG PAHANG, KURUNG RIAU, KURUNG MODEN) dan KEBAYA sahaja.

4. gambar mestilah MENARIK....boleh hantar gambar anda/ anak buah/ kakak/adik/mak/kawan2 atau beramai2...no hal punyer.

5. PENTING.... DUA cara untuk memberitahu yang anda JOIN contest ini..

I- emelkan saya LINK GAMBAR ke zarin.raihana@gmail.com

ATAU

II- postkan sahaja LINK GAMBAR di bahagian COMMENT LINK di bawah.. (beserta
emel anda)


8. Sekian...

**** tarikh contest bermula 11/02/12 SEHINGGA 29/02/12****
****UNDIAN BOLEH DIBUAT BERMULA 01/03/12 SEHINGGA 10/03/12
**** PEMENANG DITENTUKAN BERDASARKAN JUMLAH UNDIAN TERTINGGI****
****HADIAHNYA, DAH TENTU LAH KAIN COTTON****
****HADIAH AKAN DITAMBAH KALAU DAPAT SAMBUTAN BEST****

JOM JOIN RAMAI-RAMAI!!!

09 February 2012

sangat suka!!

long hiatus again........

hari ni saya sangat suka...kenapa suka? sebab saya baru terima dua benda...dua-dua utk breastfeeding journey saya..apa dia?

1. fenugreek
2. spectra 3

weeeeee......memang saya sudah ada satu pam...tapi hanya single pumping...sekarang boleh la buat double punping.....sangat seronok...tak sabar mau tengok hasilnya nanti..


28 January 2012

power of visualization & image

ayat macam things to do with technology je kan....tapi tidak sama sekali...tajuk di atas adalah related dgn breastfeeding...

first off all, credit to my buddy fuzzy-ra yg throw her support for my BF journey..tq for the info also, dude..cuma i belum berkesempatan mau hadiri apa2 jenis meeting on BF ini... maklum kerja tak menentu masa..kalau hari off pula, i prefer menjaga anak2 berbanding minta tolong mama jagakan...bila sudah dua, agak sukar mau bergerak ke sana sini sendiri...

oh yer...back to the topic..i pernah cerita sblm ni tentang my milk production..tentang zikri yang demand more milk...but my production remain the same....tidak pun bertambah..malah berkurang ada (satu keadaan yg i tak mau akui sama sekali)....reverse psikologi di situ..

tapi selepas i menemui beberapa website yg pro-BF, i got back my determination...keazaman utk terus mem-BF baby...ya, i punya stok tak sebanyak mommy yg sampai kena beli deep freezer, but i'm proud of my self as a working nursing mom..bukan senang mau pumping, sebab ia sangat memakan masa anda.kalau sebelum ni anda spent masa 20 minit utk solat, sekarang sudah jadi 40 minit utk one session..trust me, kalau dapat boss jenis tak paham, maunya increment tak naik...apa lagi mau dapat promotion...hehehe

utk mommy2 di luar sana...just search 'working nursing mom'. u will found plenty of website yg cerita pasal topik ini....antaranya http://www.workandpump.com/....this website also featured links to other useful BF website...u won't regret it....sebagai hasilnya, i sudah boleh fokus semula kepada BF...

one thing yg mommy like me to know is the concept of milk production itself....sebab, i bukan macam mommy lain yg boleh dapat 10oz susu sekali pam....so, it crucial to me to get continuous support in order to BF my baby longer....next post, i will share the concept of milk production ok...sekarang saya boleh senyum gembira...

NOTA KAKI : Lalalalalalalala (nyanyi sambil senyum)..alhamdulillah.. :)

24 January 2012

having fun (ICT)

hi peepss...

it's quite a while since we went to ICT last year..zarin was 1 1/2 year..back then, there were just lampu2..but now, sudah ada plenty of rides...











after all, it was a fun weekend for us...

our luch (CNY holiday)



hari ini masal lauk senang aja...satu lauk cukup..hubby balik nnti baru basuh ulam pegaga n goreng ikan..


presenting....asam pedas ikan jenahak...
dengan bendi,daun kesum n bunga kantan...



utk i, silakan makan..

u'oll, silakan tengok yer..

hehehe

makan kecik



a day before CNY, me n zarin makan kecil...hubby went work..zikri BF..

java blood in here

4 ketul ayam masak merah..garnishing tak lupa tu

my model...senyum tak sabar nk makan


petang itu, selepas hubby pulang, we do had makan besar @ home..siakap stim  + sayur campur...really awesome!!!

22 January 2012

My 2nd Giveaway

cuba nasib...mana tau ada luck..hehehe



nk join jugak? just click pada gambar...bubbye

20 January 2012

huarrghhh!!!

sudah lama saya tidur..hari ni saya mahu bangun...bangun untuk terus bercerita..saat ini, sungguh saya risau...risau kerana satu perkara penting dalam hidup..asyik terfikir-fikir...tidak kira siang malam, tapi tidaklah sampai tak boleh lena mata..

lately, saya akui (walaupun jauh di lubuk hati utk tidak mengakui), stok susu saya sudah berkurang...kalau dulu ada more than 20 storage bags, sekarang tinggal around 18 bag saje...zikri minum sudah banyak...sehari kena bagi mama dlm 16-17 oz....  nk recover balik yg tensi tu...huhuh.

dalam hati sentiasa cuba positif...cuba juga minum nursing tea, minum air longan kering + kurma merah n maybe mau cuba fenugreek juga...tapi, saya tahu, bukan makanan yg boleh boost milk production. semuanya dalam mind n hormon..

bila tidur malam, saya tgk muka zikri, pernah juga saya nangis..saya risau tak dapat BF dia lama...hari mmg meronta2 mau kalau boleh smpai zikri umur setahun...saya bisikkan dekat zikri, 'tolong mama susukan adik yer'...

NOTA : Allah, kuatkan hati saya utk terus berusaha..Murahkan rezeki anak saya dengan susu ibu yang penuh khasiat...Saya mahu teruskan perjalanan susu ibu..

12 January 2012

alhamudlillah....

today adalah sangat seronok...kenapa? sbb my youngest brother, amir hamzah dapat sekolah samten...meneruskan legasi i yg pernah sekolah tu dulu..i tau, sekolah tu tak sehebak MRSM, sekolah sains, STF, SMKA, mau pun segala sekolah asrama lain, tapi i tetap suka...

suka sebab i mau tgk adik i berjaya...i harap, bukan i, mama n baba je yang rasa teruja...harap amir pun sama seronok...tadi mama bgtau, muka amir lain macam je bila dpt tau good news ni..risau agaknya sbb dok asrama kena buat semua benda...basuh baju, basuh kasut, gosok baju, iron baju, kemas tempat tido, sidai baju, kemas buku...biarkan la belajar independent...asyik mama je kena buat semua tu..lepas ni, boleh la mama rehat sikit..

hari ini sudah tentu i mau balik awal sikit...macam semalam...6.45pm gerak dari opis.....aik.....tetiba je i tgk sandal i dah koyak..huuhu..mau kena ganti ni...ke nk gam aje yer?? tgk la nnti..

chow...

11 January 2012

aquaria @ home

encik hubby ada hobby baru...bukan memasak, bukan bersukan, bukan tido, bukan membasuh, bukan mencari lipas...tapi membela....bela apa??

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/


TARA!!!



bela ikan!!!

memang nekad sungguh hubby nk bela ikan..asalnya dia pegi kedai bwk zarin..pastu singgah kedai ikan tgk2...balik, terus dia cakap nk beli..

tak kisah la abang...beli ikan takpe, jgn bela 'anak ikan' sudah....hihihi...anak2 pun suka tgk fish....






06 January 2012

baking mood

rasa mau baking,,dah lama takde mood baking since buat kuih raya hari tu...kali ni, barang2 pun dh beli..semua cukup....whipped cream, cream cheese, coco powder, butter, spongecake mixture flour....teka mau buat apa??


TIRAMISU!!!

harap jadila yer...

05 January 2012

bored

apa cerita baru? nothing much...tiap2 hari jadual sama jer..pagi bwk anak2 g umah mak..keje smpai kol 7pm..amik anak, smpai balakong paling awal 9pm...itu paling awal...silap2 mau smpai kol 11pm..

bila balik mlm2 ni, kesian kat anak2 sebenarnya.quality time dgn diaorg sgt2 terhad...bila offday sehari, itulah pulak masa mama n abah nk berehat..susah sgt nk bwk zarin main kat playground..last pegi entah bila..balik malam pulak, kadang2 smpai paksa zarin tido awal..sbb mama penat + nak kena layan zikri pulak yg BF...(of course la kena baring sama zikri)..

on zikri pulak..smlam dh start bagi dia mkn farleys...suku cuma..campur dgn EBM..skrg zikri minum sudah banyak...everyday kena bagi mama around 15oz EBM...ada la lebih 2-3oz je...

serius...about this BF, agak stress jugak bila memikirkan cara mau tambah milk production...sudah cuba nursing tea...macam tk nampak perubahan pun...production masih sama macam awal2 dulu..cuma bila baby minum dh banyak, stok nampak kurang la..

think positive...positive...mau BF zikri selama mungkin...indah sgt perasaan BF ini, sementelah failed masa zarin dulu...tak mahu gagal itu berulang..

NOTA : Tuhan, bagi aku kekuatan, keazaman, kemampuan, ketabahan untuk terus menyusukan anakku. AMIN...

03 January 2012

try test market tengok

apa punya panjang la tajuk entry kan...nk test market apa?? jom tgk ni..


minat?? 

tunggu!!!!

02 January 2012

01.01.2012

ini tarikh semalam...apa yg istimewa pasal semalam? nothing much selain tahun baru 2012...tapi smlm juga, hubby buat breakfast...masak apa? 


mee goreng bujang nama dia...takde ayam, takde udang, takde sotong...cuma fishball, tauhu, cili merah, sawi...

mula2 konon nk buat mee goreng basah..sekali jadi mee goreng mamak...tak kisah la..janji sedap..thank you hubby!!

NOTA : Wife bgn lambat, sbb tu hubby masak dulu..lapar..hehe

01 January 2012

perkara yang orang tak tahu pasal aku

1. Tahukah korang yang aku suka basuh tangan..sikit2 nak basuh...contohnya, masuk2 ke kantin kat tempat kerja, aku akan basuh tangan dulu..lepas pegang2 senduk amik lauk, aku basuh tangan lagi...dh duduk, tarik kerusi punya pasal (kalo aku rasa kerusi tu macam kotor je), aku basuh tangan lagi..aiyork!! aku mmg cam tu lah


2. Tahukah korang yang aku tak pernah habis pakai losyen..yg ini berkait rapat dengan perkara no.1 ...camana nk pakai losyen kalo asyik basuh tangan? tak lekat lama la losyen kat tangan aku. kan rugi tu..dalam hal ini, yang untung adalah adik aku, Atul..sebab semua losyen2 aku bagi kat dia..johnson baby, body shop..semua dia dapat..satu je losyen aku tak bagi kat dia..losyen paris hilton hantaran...mau kecik hati hubby kalo bagi..


3. Tahukah korang yang aku tak pernah pegi Sunway Lagoon..ini cerita benar..aku mmg dilahirkan, dibesarkan, disekolahkan, dikahwinkan dan tinggal di KL...tapi, tak pernah jejak pun Sunway Lagoon..pelik bukan? macam riple's believe it or not...believe it, please..kalo Sunway Pyramid or Sunway Lagoon Resort tu pernah la aku masuk..tu pun sbb jalan2 n dinner.


4. Tahukah korang yang aku & hubby tak berkongsi bilik air..ini lagi satu perkara pelik kitaorg..bukannya pernah ada agreement pun pasal benda ni..macam masing2 understood je..bilik air aku dlm master bedroom, bilik air hubby dekat dapur..ada la sesekali dia guna bilik aku, contohnya nk mandi air panas..sbb bilik air dia takde waterheater..


5. Tahukah korang yang aku tak suka apa2 makanan ber 'flavourkan' orange..contohnya, gula2 oren, slurpee oren, air mirinda oren...kalo orang lain dok giler dgn perasa oren, aku tidak, ok..kalo nk beli slurpee contohnya, aku siap pesan awal2 kat hubby, jgn beli kaler oren tau..begitu pun, aku suka makan buah oren dan boleh terima minum fresh orange..


so...kat sini aku nk tag amiey lee, amy aimi, nofarazor, jejari asmara..jom bgtau apa pulak yang orang tak tau pasal korang...


choww.....

selamat tahun baru semua!!

selamat tahun baru semua...semalam countdown dekat bayu parville ajer sambil menyaksikan percikan bunga api..


imej reuters yang awesome...right time to capture firework yang tengah mengembang..

NOTA : apa azam tahun baru korang?