click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

30 November 2010

macam2 benda jadi minggu lepas

hari ini, hari terakhir bulan November 2010..aku dah agak lama tak update ini blog..banyak benar benda di luar jangkaan jadi minggu lepas..di kala kami sibuk mempersiapkan rumah baru n packing2 barang, zarin raihana warded to pantai cheras due to asthma..sedikit coretan tentang pengalaman menjaga anak kecil di hospital..

24 nov - 26 nov 

zarin warded to pantai cheras due to asthma. stay 3 hari 2 malam kat sana. semua kerja perpindahan aku stalled...abih nk buat camana...hanya hubby yang berkejar ke rumah baru n jenguk2 keje kontraktor..jumaat zarin boleh discharged...mak aiii, utk medication je, kene charge RM1.5K...tu blum kira bayar ward, service n so on...bapak banyak la ubat anak aku...paling tak best, zarin dh start kena pakai inhaler...2 jenis lagi tu..

----------------------------------------------------

lepas warded, zarin terus stay kat umah mama...umah sewa sgt berhabuk dengan kotak2 barang nk pindah...so, secara rasminya, 26 Nov pukul 10am lebih kurang, adalah hari2 terakhir zarin di umah sewa kami..

28 nov

bangun seawal 6.30am utk packing barang mana yg patut..banyak lagi yg tak settle..lori sampai 10am...credit to baba, angah, epy n kwn angah yg banyak tolong angkat2 barang..aku?? setakat yg ringan2 je la aku mampu...

pukul 9.30 am tempat parking pangsapuri malaysia telah memberi kereta myvi aku satu 'cenderahati terakhir' yang aku akn ingat sampai bila2....masa reverse, aku terlanggar tiang...makanya, berlekuk la bumper belakang myvi hijau ku...lebih 2 tahun aku dok sana, tak pernah pulak aku langgar mana2 tiang even memang jalan tempat parking dia agak menguji skill pemanduan..

ok...berbalik kepada story angkat barang, kol 10am, lori smpai...angkat barang, terus shoot ke balakong...aku n hubby naik kereta...sampai balakong around 10.40 (sbb kitaorg gerak lmbat sikit), lori dh siap angkat..mmg express sungguh...kol 11 am, semua sudah berehat di hall rumah yg masih belum ada perabot.

6.30 pm, perabot smpai...hanya yg basic2 aja...aku kemas masa patut...9pm, gerak ke rumah mama..dh sehari lebih tak jumpa zarin..aku tido umah mama malam tu..

29 nov

hari pertama aku, zarin n hubby tido di umah baru kami..alhamdulillah..semuanya ok..cuma perlu ambil masa utk adapt dgn kawasan baru...sesekali rasa rindu kat umah sewa datang balik...agaknya sbb dah terlalu selesa tinggal kat situ..walaupun kecik, macam2 kenangan ada kat umah tu...next entry adalah farewell post utk umah sewaku...tunggu!!

23 November 2010

masih mahu tulis

dah pukul 5.01 pm..tapi aku masih mahu tulis..tulis dalam blog sendiri. hari ni boleh tahan penat. kerja aku bukan guna tenaga yang banyak, tapi tuntutan mentalnya memerlukan pengorbanan fizikal juga. masih lelah walaupun hanya duduk di kerusi menghadap komputer.

hari ini hari yang sangat penat bagi hubby. malam tadi hubby tak boleh tido sbb batuk + zarin yang juga tak lena tido. time aku keje, hubby seorang uruskan rumah baru kami. kwn hubby pasang lampu dan kipas hari ni..hubby tugaskan aku pegi ke rumah utk tengok camana keadaannya lampu2 tu pada waktu malam. tak sabar rasanya nak pegi.

satu lagi update baru yg aku terima...zarin raihana demam...kesian anak mama...confirm malam ni zarin raihana tak boleh tido lena lagi..rasanya maybe hubby terpaksa pasang balik tiang buai dalam bilik kami...zarin cuma nyenyak tido dalam buai bila kurang sihat. malagnya sebab kami nk pindah, hubby dah cabut tiang buai tu dan g paling sadis, skru2 dia ntah ke mana..

jadi, sekarang ni tak tau lagi la nk tdo mana...sama ada lepak umah mama malam ni, or tetap balik rumah sewa..kesian dekat zarin yang terpaksa travel setiap hari...dah la demam, bertambah tak sihat la dia..huhuhu..

SZ : minggu paling hectic buat kami sekeluarga

zarin batuk, mama pening

anak mama zarin raihana yang tak berapa nk sihat
malam tadi aku ingat nk tido awal..sama jugak dengan hubby..kesian kat hubby sbb dia tak sihat...flu+cough..hubby mmg susah batuk n selesema...tapi sekali kena, boleh demam jadinya...aku masuk tido around 12.40am..masa tu hubby n zarin dh nyenyak tido..

harapan aku nk tido lena tanpa gangguan tak tercapai...zarin tak sihat....dia batuk2 n selesema..selesema dah 2 hari, batuk baru smlm...mmg menguji kesabaran kalau anak2 tak sihat ni..dgn mak2 sekali boleh tak sihat..dan di kala ini aku masih pening kat opis.

selepas beberapa jam tak lena tido, hubby bangun tido dekat hall...zarin masih terpusing2 batuk....juga tak lena..3.25am, zarin tiba2 bangun, pegi hall....dah....dia nk main pulak pagi2 hari...aku panggil dia masuk bilik..dia masuk....pastu dia keluar lagi..entah berapa kali..

aku mmg tak larat nk layan dia la for sure kan...last2, aku pukul sikit bontot dia agak kuat...aku cakap: "tido..esok mama nak keje...mama nak bangun pagi hantar zarin umah opah.."
dia tak nangis..masih pusing2....pastu aku tanya, zarin nak susu, dia cakap nak...so, aku pun buatkan...

entah bila dia tergolek2, akhirnya zarin tidur juaaa..

sekian...

SZ: aku masih pening....serius

22 November 2010

bersediakah aku??

promotion comes with big responsibility.....yup....ini yang aku akan bincangkan kali ni. rasmi atau belum rasminya, masih belum tentu..tapi perkhabarannya sudah ada..macam yang aku cakap, masih menunggu rasminya..entahkan ada entahkan tidak..tapi aku tetap mahu bincangkan ini.

lima tahun dalam journalisme...tempoh ini sangat singkat dalam media arus perdana sebenarnya..setiap hari ada saja benda baru...bermula sekitar Ogos 2008, Ogos 2010, genap lima tahun aku dalam dunia ini. di KL lebih kurang setahun empat bulan, aku merantau ke Kuantan selama dua tahun. kembali semula ke KL awal tahun lepas.

masih cetek ilmu aku dalam bidang ini. masih banyak benda yang perlu belajar. setiap kali belajar benda baru, aku rasa makin banyak benda yang aku tak tau. bodoh dari segala segi. salah itu dan ini. persoalannya, mampukah aku galas tanggungjawab nanti? bukan senang pikul tanggungjawab. perlu amanah, perlu dedikasi, perlu pengorbanan, perlu semuanya.

dan sehingga hari ini, masih banyak kesilapan aku buat. benda remeh....ya...memang tak patut buat silap..tapi aku masih silap...bagaimana aku mampu bimbing orang, jika aku masih silap? hmmm...pening aku.

jika ada rasminya, terima sudah pasti. tapi aku masih perlu buktikan aku pilihan yang tepat. bukan sekadar promotion saja. memang berat tanggungjawabnya. tak dapat aku bayangkan masa depannya nanti. harap2 ini mampu menonjolkan bakatku...harap2 aku juga mampu menggalasnya.

november dan disember tiap tahun, memang dinanti penuh debaran setiap warga 'keramat' ini. tempoh inilah terjawabnya segala persoalan..ke mana dia? ke mana kamu? ke mana saya? di mana saya? ada insentif tidak?  ada promotion tidak?

pada akhirnya, semua perlu akur...akur pada arahan, akur pada keadaan, akur pada masa..akur aku mungkin membawa aku ke halaman baru kerjaya...ya...aku berharap begitu. moga yang manis2 ada di hadapan menantiku..tapi, aku sedar bukan yang manis menjanjikan pengalaman...yang buruk adakalanya lebih banyak menjadi guru...untuk itu, aku perlu hadapkan saja...

yang manis, yang buruk, aku sedia menunggu mu...

SZ: terserlah sisi kewartawanan ku, aku kira..

18 November 2010

artikel aku @ utusan malaysia MEGA

dah 4 hari tak update blog....sesak benar nafas kat opis...smpai tak sempat den nulih benda2 kat sini aaaa...wish selamat hari raya pun tak dapek....hari ni la baru bernafas sikit...untuk itu, terimalah ucapan Salam Aidiladha dari aku untuk semua..delay sehari bagi kita kat Malaysia, delay 2 hari utk saudi arabia, pakistan, palestine, afghan, dan negara2 lain..

korang nk tau apa yg aku buat smpai tak ter update blog ni?? BACA SINI ...ya.....itu lah tulisan aku, seorang wartawan yang masih setahun jagung....aku tau, isi kandungan rencana tu agak kosong, tapi berdasarkan pengalaman 5 tahun kerja, itu yang terbaik aku boleh hasilkan..siap ada byline lagi tuh..

hehehe...itulah antara kerja aku sebagai wartawan..sebenarnya dah agak lama tak tulis rencana..ada la dlm 3-4 bulan..alhamdulillah, rencana tu aku berjaya siapkan dalam masa 4 jam...sekali dgn gambar sekali aku bagi...

pasal raya haji....tahun ni aku amik turn utk kerja...bagi peluang kat kawan2 lain beraya....apa pun, malam ni baru aku nk balik kampung suami kat batu pahat...family hubby plan nk buat BBQ....tak sabar rasanya nk join...mesti zarin pun teruja sbb ni first time zarin balik kampung dengan 'kaki'....sbb masa raya dulu, dia blm pro lagi jalan...

jumpa lagi hari ahad kawan2....minggu depan dan minggu seterusnya akan jadi tempoh paling hectic dalam hidup kami sekeluarga...nantikan ceritanya....

14 November 2010

periuk nasi arwah abah

gambar hiasan.....

ini post pasal bapa mertuaku (FIL) yang sudah kembali ke rahmatullah pada 28 april 2010...semoga arwah abah tenang di sana..sungguh, walaupun bukan bapa kandung sendiri, aku agak terkesan dgn pemergiannya..pemergian yang begitu tenang dalam tidur, tanpa menyusahkan ramai orang...itu lah dia Haji Samsu Hadi Masuhoot.

Bagaimana aku cakap aku begitu terasa dengan ketiadaannya (apalagi suami ku yg juga anak bongsunya) ? lihat gambar di atas...itu adalah periuk nasi skala kenduri yang arwah beli semata-mata utk buat kenduri di rumah baru kami!! tapi arwah dah pegi dulu, tak sempat tunaikan hajatnya...nasib baik la arwah dah pernah guna sekali periuk tu buat masa beriani....(dia masak sendiri tau).

dan kami baru je nk pindah akhir bulan ini...tak sempat arwah tgk umah baru kami...kami pernah bawa arwah ke rumah contoh satu masa dulu..terngiang2 lagi suamiku pernah berkata kepada abahnya: 

"abah, rumah aku siap nnti boleh la abah datang.."
"rumah kau ada tangga..nnti penat aku", kata abah..
(suami ku org jawa yer..aku2 takde hal punyer)..

dan sekarang juga, aku dan suami menetapkan kami perlu balik ke batu pahat setiap 2 bulan ke 3 bulan, bukan sebulan sekali macam dulu lagi..sbb apa?? sebab suami kena uruskan kebun kelapa sawit peninggalan arwah abah..

dulu aku ingat lagi..setiap kali balik kampung, suami mmg tak rehat kat rumah..selalunya dia akan layan arwah abah...abah ajak pegi parit sulong..abah ajak pegi pasar, abah ajak pegi klinik, abah nak beli batu, abah nak beli kayu..suami tak pernah merungut...katanya, dia hanya ada abah lepas arwah mak meninggal beberapa tahun lepas...(aku tak pernah jumpa MIL)..

yer, sbgi isteri yg masih ada mak ayah, aku paham tugas suami...apa lagi dia anak yg bongsu, aku nampak hubungan diaorg anak beranak mmg rapat..aku tak pernah merungut tiap kali suami keluar bersama abah dia ke sana sini, tinggalkan aku kat rumah dgn anak...

kali terakhir suami dapat layan arwah abah, masa kami balik kg tengah bulan 4..2 minggu sebelum abah pergi...macam biasa, suami bawak abah ke sana sini...masa tu juga, abah sempat pesan pada suami.."kalau aku mati, kau uruskan kebun semua".

hmmm....aku juga masih ingat masa persiapan majlis kahwin kami...suami anak bongsu dan kat kampung masa tu, dah lebih kurang 7 tahun tak buat kenduri kawin...abah siap tar kan jalan depan umah..kata dia, senang nak buat kenduri, tak lecak dgn air..masa aku preggie 7 bulan, abah buatkan kenduri....kenduri kesyukuran, katanya..

masa zarin baru lahir, abah sibuk nk beli peti ais besar yang macam kat kedai tu..yg macam boleh letak daging n so on....kata dia, senang nk simpan kambing masa buat aqiqah zarin...owwhhhh my!!!tapi selepas ditegah adik beradik, barulah dia beralah dan beli peti ais biasa je..

so, korang sila bagitau aku, macam mana aku boleh lupakan FIL aku?? smpai sekarang walaupun dah 7 bulan dia pergi, aku masih boleh bayangkan arwah berjalan dalam rumah, baring kat sofa, ajak suami pegi jalan2...satu perkara yang aku tak boleh lupa, dia panggil zarin raihana kami dengan nama 'azim'....huhuhu..kelakar pun ada...anak aku perempuan, dipanggilnya 'azim'...agaknya susah benar nk nyebut zarin....

pasal periuk nasi arwah abah, insyaallah kami akan tunaikan hajat dia utk buat kenduri di rumah baru kami..aku dh cakap dgn suami, kita pinjam periuk tu nnti...sekurang-kurangnya, tercapailah maksud tujuan periuk tu dibeli...

gambar kenangan raya terakhir bersama arwah abah...raya 2009

semoga arwah abah tenang di sana..alfatihah...

12 November 2010

celebs without makeup

bila celebs put on makeup, kita akan nampak diaorg ni sentiasa glow...berbanding dgn kita yg setakat mekap ala2 nk pegi keje kan....kalo aku, rejim pemakaian make up aku maybe agak renyah jugak sbb aku perlu menutup cela2 di muka menggunakan foundation...maklum sajalah..muka tak berapa nk baik kualitinya...lepas foundation, baru la disusuli compact powder, blusher, eyebrow, eyeliner, lipstick, lip gloss n so on kan...

tapi, camana pulak rupa celebs with out make up?? jom tengok..

AISHWARYA RAI

JESSICA ALBA
REESE WITHERSPOON
AMISHA PATEL
EVA LONGORIA (biar benar??)
KATIE HOLMES
RANI MUKHERJEE



KAREENA KAPOOR (not bad kan)


PENELOPE CRUZ


TIBA-TIBA


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.














yang ini dah tentu2 la bukan artis kan...saja nk menyibuk jugak.hihihi 

11 November 2010

25 things about me...

i got an assignment from amiey lee, which need me to do this:

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

so, inilah 25 perkara tentang saya :

1.   saya isteri kepada 'best man win', mr. zaini

2. saya mama kepada adorable litte daughter, zarin raihana

3. saya kakak kepada 4 adik (3 lelaki 1 perempuan)

4. saya anak zulkafli jaafar n saniah osman

5. saya seorang reporter di sebuah akhbar aliran perdana

6. saya sedang run satu bisnes online, raihana collection

7.   saya tengah pening kepala sbb perlu pindah rumah hujung bulan ni

8.   saya suka 'baking', tapi malas masak lauk2

9.   saya selalu berangan-angan nak bukak kedai baju utk kembangkan raihana kurung, ada 
kedai. saya akan susun baju di kedai ikut kaler baju supaya senang mommies nk pilih baju ikut tema

10.  blog saya juga ada jual kain cotton pasang

11.  saya ada 4 kwn baik named amiey lee, nina, hana n linda

12. percayalah, sy memang ramai kwn..in fact, ada beberapa click...baik dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti n tempat kerja.

13.  saya suka travel. sangat2 suka.....cuma masa je blm ada lagu utk travel.

14.  saya baru berpeluang ke overseas pada usia 27 tahun...lambat kan?? hihi..alhamdulillah, 
sekurang-kurangnya, merasa jugak saya.

15.  saya boleh jadi orang yang 'loud' jika anda juga 'loud' dgn saya

16.  saya boleh jadi sangat baik hati jika anda juga baik hati dgn saya

17.  saya susah tidur malam...insomnia...mmg dh lama saya alami ini sindrom

18.  saya suka sangat2 tgk america's next top model, amazing race asia & the biggest loser..jangan kacau saya depan TV..sbb dalam banyak2 programs, ini saja yg sy tgk

19.  saya boleh potong baju kurung baby..satu pencapaian besar bagi anak seorang tailor macam saya

20. saya tgh pening sebab banyak keluar duit utk buat rumah..harap2, bila siap nanti, pening saya hilang.

21. saya tak tau dari mana nk mula kemas rumah sekarang utk pindah..anda boleh tolong saya?

22. saya rasa nk balik sekarang...tapi hubby blm call saya lagi ni

23. owh....saya baru tgk ym...hubby sudah ajak balik

24. saya sedang kemas2 barang utk pulang ya..

25. bye2......sy sudah mahu pulang..(adakah yg no 22-25 boleh dikira tentang diri saya juga??) hihihi


hari pening sedunia

dah seminggu lebih saya pening...bukan sebab preggie tau...hehehe..tapi sebab nk pindah rumah...FYI, we all set to moving out at the end of month.tapi, apa yang boleh dikata, only 15% je yg we all baru siap pack...ni dh dkt tgh bulan ni..tu yg mak pening noks!!

mak bukan apa (terus tukar bahasa kau..kelas!!).. masa mula2 dok berkemas ari tu, mak rasa tak banyak mana pun barang mak...tetiba, macam ada kuasa magik dtg, barang mak jadi banyak....arrggghhh.tu yg mak tak kuasa nk layan..mak dgn laki mak smpai tau tau mana nk start..mana hujungnya, mana pangkalnya (dh macam teka teki  nujum pak belalang).

sebetul-betul nya, barang2 besar mak mmg tak banyak..peti ais, mesin basuh, kabinet TV beli kat giant, rak 3 shelve ada dua, meja komputer, dua meja kecik, water dispenser, electric oven, microwave oven..tu jer..yg buat banyak ni, hadiah masa kawin, kain baju, pinggan mangkuk dan segala macam mak nenek yg wem all kena angkut sama..

like HELL ok...kalau korang masuk je stor mak, nescaya korang pengsan...biawak pun tak nk hidup dlm stor tu..elok sikit je dari pusat pelupusan sampah sbb takde bau busuk..yang lain, azabnya...kotak merata2..hmmmm..tu la yg buat mak pikir byk kali sblm kemas...ditambah dgn kehadiran si comel mak yg buat2 sibuk jugak nk kemas, ye yang hadooo la mak nk mengemas kan..

huhuhuhu...tu baru cerita pasal kemas nyah...belum unloading lagi.....tu nantilah nyah..malas mak nk pikir sekarang. lagi yg membuatkan mak pening pasal ongkos utk berpindah-randah ni...yang ni lagi pening sampai berdenyut2 kepala mak...aduyaaaiiii..ingat malam ni nk mintak tolong baba mak urutkan la..

sudahnya hari ni, mak dtg juga ke opis dgn kepeningan ini..redah je la..setakat 3.41pm ni, mak dah translate 3 story nyah....ntah hapa la yg mak translate, mak pun tak tau..tambah pening bila dapat story Hamas-Fatah..huhuhuh.

SZ : Memang pening kan....

09 November 2010

twins in hollywood

nk tengok siapa selebriti hollywood yang mukanya seakan-akan kembar? jom rehatkan minda sambil layan gambar2 di bawah.. (credit to http://acidcow.com)














lamp and fan hunt: Part 2

hari ini, saya 'berlari' sekejap dari opis bersama hubby dan kwn kontraktornya ke rumah kami di balakong..utk tinjau2 mana yg patut kami tambah plug, tambah suis, pasang kipas, letak lampu n segala kerja2 wiring berkaitan.

actually, sabtu lepas, saya dah tanda mana yg patut utk tambah plug..so, kwn hubby dtg utk tgk tempat2 yg sy tanda kan..juga hari ini, saya berjumpa lagi dgn kontraktor Leong, mintak dia tambah kitchen cabinet kami 2 kaki lagi..sbb space utk sy masak n letak brg2 hanya tinggal 2 1/2 kaki je after letak sink n hob..

berikut adalah hasil pencarian kami di Puchong tempoh hari..

ini kipas KDK biasa utk dlm 2nd n 3rd bedroom

ini kipas KDK cantik sikit utk hall, dining n master bedroom

ini lampu pilihan hubby...utk hall, master bedroom n dapur..hasilnya ntah camana..macam lampu studio..ape pun saya suka..

saya pilih wall lamp panjang sebagai titik tumpu

lampu balcony gantung yg sy beli lebih kurang ini lah bentuknya
dining lamp dari glass
TIBA-TIBA...

saya sgt minat langsir ini...kalau jumpa yg macam ni memang  saya rembat...tapi perlu tengok  harganya..pattern ni saya rasa boleh create ilusi nampakkan space lebih besar..betul tak?

08 November 2010

lamp and fan hunt

entry ni adalah sambungan kepada previous post..malam selepas we all tgk wayang, we all tido umah my mama kat bukit permai...saje je jenguk2 umah mama sbb mama pun balik kampung kan...ok...sampai umah dh 3am..we all terus tido sbb esok masih banyak program yang perlu dilaksanakan..

jadi, hari sabtu itu, we all bgn around 10am..tgk tv kejap..no breakfast, we all terus siap2, keluar umah kol 11pm...lokasi pertama..chee tat mosaic kat jln kuari...we hunt for sink yang panjang lbh kurang 30' x 19'...utk sink tap, ada yg sudah berkenan..tapi malangnya, sink yg ada sgt ekstrem saiznya..too small or too big for our kitchen...so, we all amik keputusan utk balik umah mama n ukur sink umah mama..hahahah....

after that, we all terus shoot to tesco x-tra utk lunch...perut sudah lapar...aku hanya blanja RM5 je utk mkn nasi...air mineral dah bawak dr umah...very the jimat kan...hubby masuk tesco cari barang nephew dia kejap, aku menyusul kemudian...terus ke kem sungai besi, utk pass barang2 faiz...after that, we all singgah satu kedai hardware kat pekan sg besi...masih belum jumpa sink yg sesuai...

we shoot to kuchai lama selepas mendapat recommend dari tokei hardware tadi..ada sink di situ, tetapi agak mahal bagi we all...tak jadi beli, we all terus pegi umah balakong...tgk2 umah kejap, jumpa kontraktor, we all terus pegi survey lampu kat balakong....next to toyota service center before jusco cheras selatan..masa tu dh pukul 3.30pm..huhhh..satu apa pun tak beli lagi ni..

lepas survey2 harga lampu n kipas...we decide to pegi balakong pulak.mana tau ada kedai lampu...malangnya tak jumpa yg kami rasa berkenan..kereta dipandu menuju KL melalui tol batu 11 n batu 9..awalnya, we all ingat nk pegi jalan Ipoh as hubby's contractor friend suggest kat sana byk kedai lampu...tapi disebabkan kelaparan melampau, we all singgah velodrom..makan dulu..

aku tak mkn...just membaham sepotong dua belut sup hubby...fuhh...mmg sedap...pastu aku g toilet kejap..sekembalinya ke meja makan, encik hubby sudah mengeluarkan satu idea super bernas..(bukan bernas beras tu)...dia ajak pegi puchong.

demn...mmg ada sorang kwn dh bgtau...kalau nk cari barang umah, sila la ke puchong...byk pilihan n boleh main harga..ja sudah pukul 5.30pm..takpe...we all gagahkan juga...mission lamp n fan hunt perlu selesai hari itu juga (sabtu 6 Nov)..sementelah zarin ikut mama balik muar, it was easy for us utk keluar sepanjang hari tanpa perlu mengambil kira zarin penat or so on...sbb kalau ada zarin, sah2 la we all perlu fikirkan kebajikan dia..makan, tido, diapers change n macam2 lagi.

sampai je puchong, hubby tugaskan aku mencari kedai hardware...masuk simpang kiri pertama to IOI , aku nampak satu hardware...terus masuk tanya pasal sink...alhamdulillah, at last we found 30' x 18'...PERFECT...beli sekali sink tap n cat kaler putih utk grill..so, SINK and accessory checked!!

lepas tu, terus pegi area tesco yang banyak deretan kedai lampu..ada satu kedai tu, mmg ramai org..we all survey2 mana patut..at last dapat jugak lampu n kipas yg we all cari...alhamdulillah...kena tak kena dgn umah kitaorg tu ntahla..main bantai jer....hihih..

SZ: mission accomplished!!

07 November 2010

berdua

start khamis sampai sabtu minggu lepas (4-6 nov), aku n hubby sempat ber 'honeymoon' 3 hari...not sooo honeymoon actually..lebih tepat dikatakan sebagai 'berdua selama 3 hari'..sbb zarin ikut mama n baba balik muar...it is simply b'coz, aku keje ari khamis n jumaat, so, takde sape nk jaga zarin..makanya terpaksalah zarin ke muar..

alkisahnya, cerita 'berdua-duaan' kami amatlah tragis sekali permulaannya..bermula dgn salah faham mesej yg membuatkan aku meroyan...last2 baru la terbukti bahawa ia hanya satu imaginasi aku yg terlalu melampaui batas...huhu..utk tidak mensia-siakan peluang berdua-duaan, hari jumaat malam tu, we all g mkn steamboat kat bangi..bangi village kat seksyen 7.

seperti biasa tugas aku adalah untuk mencari lokasi..menggunakan google map, we all berjaya sampai tanpa tersesat..sampai je sana, we all terpegun badak dgn banyaknya lauk2 steamboat yang ditawarkan...in term of banyak lauk, YES, we all sgt suka..plus nasi, nasi goreng, mee hun, lauk2 simple, aiskrim, ABC, segala macam siput (yg macam siput babi pun ada), n seafood..

cam biasa, aku yg tak berapa pro sgt mkn steamboat ni, terus melahapkan diri dgn segala 'balls' yg ada..crab, sotong, vege dgn pelbagai bentuk, tanpa menyedari itulah bahan makanan yg buatkan kita cepat kenyang..hubby yang bijak makan steamboat pulak, pilih utk makan ketam, udang, siput2, sayur2....patutla dia boleh mkn banyak...aku tak..walaupun pada hakikatnya, aku lebih pelahap dari dia..

after steamboat, we all mkn aiskrim, aku buat ABC...dok rehat2 kejap..hubby pun memulakan food review session dia:

"steambot sini tak sedap la sayang..kuah sup dia tu tak best langsung. lain kali kita g kedai lain yer".

kemudian disusuli ayat ini:

"malam ni kita tgk wayang yer, sayang"

huaaaaaa...sukanya aku tak terkira...dh dkt 3 thn aku tak tgk wayang ni...hhihihih.lepas kawin, tak dibawaknya aku dah...aku pun cakap dgn penuh manjanya: "ok sayang".

hehehehe...we all pun balik umah dulu...kemas rumah mana patut, mandi2, around 12am, we all keluar g MBO dekat belakang umah jer..boleh?? hihi..malam romantik kami bagaimanapun tak berpanjangan bila hubby pilih nk tgk citer horror Thai 'Death Place'..apa la...kalo ikut aku, kita tgk la citer katun 'Megamind' tu ke..

sudahnya, aku jadi penonton di balik jaket jer..nasib baik aku paksa hubby bawak jaket.....last2, aku yg pakai jaket tu utk tutup muka...ada part2 yang aku menjerit, ada scene yg aku nampak kepala org je (sbb tutup dgn jaket)..hubby bukan main suka tgk aku takut...aku bukannya takut sgt kwn2..aku cuma tak suka element surprise dlm citer2 horror ni..sound wayang tu, silap2, boleh buat aku menjerit tak tentu pasal...bisa jugak buat jantung aku gugur, aku rasa..

sampai satu tahap....aku menggapai handbag..mencari 'sesuatu'..aku keluarkan ia dan bawa ia ke balik jaket...ok, hubby tak nampak lagi..kalau boleh tak nak bagi hubby tgk...aku pun tekan ia...maka, kedengaranlah bunyi 'inhaler' aku ditekan....laaa...semput rupanya...

hubby pun pakat gelakkan aku....

"takkan tgk citer hantu pun semput, sayang?"

.....aaaaaahhhh abang ni, nyampah aku....cepatla citer ni habis....

pasal "death place'....sumpah aku tak paham apa ntah citer dia....antara part2 dalam citer tu, mmg takde connection..seolah-olah macam ada 8 cerita dlm satu filem....citer dia pulak pasal tempat2 orang mati..ada yg mati dlm penjara, ada yg mati kene bunuh, ada yg mati bunuh diri, ada yg mati terbakar...ada pulak hooker..mcam2 la..paling tak best, ending dia...ntah camana, hooker yg larikan diri daripada 3 orang yg dh mati sebenarnya, boleh mati pulak masa dia tumpang moto 2 orang lain...aku mmg gelak la tgk ending dia.

dh agak dah, mesti ending tak best...hubby aku tgk muka tak puas hati..aku gelak lagi...hahahahaha..aku cakap kat hubby..

"lain kali kalo nk tgk movie syg, kita tgk siapa actor dia..agak2 kalo famous, baru kita tgk yer..kalo tak rugi."

dan hubby pun memandang aku sambil mukanya mencebik...

04 November 2010

secrecy

dalam hidup, bukan semua benda boleh kite ceritakan. ada kalanya, menutup mulut adalah perlu.bukan apa, takut2 apa yg kita cakap atau ceritakan boleh jadi salah, mengundang rasa menyampah atau meluat. manusia macam2 ragamnya. itu satu keterangan yang sangat2 klise..tapi itulah kenyataannya.

pasal apa ya entry ni? hmm..aku juga banyak benda yang mahu diceritakan. tapi mungkin bukan utk tatapan semua (kalau ada yang membaca blog ini). ada ketika, aku hanya kongsi ia bersama suami. mungkin juga ada benda2 yg aku tak kongsikan dengan suami, sebaliknya aku mencari kawan2.

agak kaburkan tentang apa yang aku nk cakapkan? biarlah terus menjadi rahsia, kerana satu hari nanti, orang akan tahu juga.

p/s : tak sabar mahu jumpa suami dan ceritakan semuanya.....

03 November 2010

jimba-jimba

tak sabar nk tunggu sabtu..byk sgt benda nk buat..


here are the list:


1. pegi umah balakong dgn kwn hubby, si kontraktor
2. beli lampu n kipas
3. maybe cat rumah (kalau ada masa)
4. g Ikea (agenda wajib)


hmm...apa lagi yer?? rasanya tu je la setakat ni....sorry, kengkawan tak dapat jumpa korang due to this matter...perlu diselesaikan segera kerana masa sangat pendek...sorry ya!!

02 November 2010

i'm buying anjung seri

masa sekolah rendah, majalah wajib dibeli masa tu ialah Kuntum....i still can refresh the squirrel clad in yellow shirt...after almost 20 years, tak tau la Kuntum masih ada ke tidak...sbb bebudak skrg ni aku tgk cam tak baca magazine je..back to sekolah menengah, masa ni aku selalu beli Siswa..mmg ilmiah sungguh....pendek kata, kalau tak jadi orang jugak lepas baca magazine penuh ilmiah ni, tak tau la aku nk cakap apa...

masuk U, masa ni dh mula la nk tau gosip artis bagai...tapi aku bukanlah orang yg suka bazirkan duit dgn beli Mangga or URTV...pinjam kwn2 je la..aku prefer beli Remaja...nk baca magazine omputeh, cam tak best jer rasanya...nnti aku lagi banyak selak tgk gambo, daripada baca...hihihi...

sepanjang hidup aku, majalah Remaja ni la yg paling banyak aku beli...bertimbun2 kat umah wei...sesekali pernah jugak la beli dara ke nur ke, tetapi agak tidak kena dgn jiwa rebellious ku ini....am i rebellious?? tak jugak rasanya...hii hiii

agak2 dah keje setahun lebih, masa ni aku mmg tak beli apa2 magazine...dh baca paper tiap2 hari, naik muak la pulak membaca bagai..huhu..sungguh cetek pengetahuan aku...yer, aku ngaku, in term of reading, aku mmg sgt tak banyak membaca..hanya bila ada kepentingan, eg: nk buat feature, baru la aku akan baca n study pasal topic tu.

bila dh menggatal nk kawin, aku beli Pengantin...bajet nk buat hantaran sendiri, baju gtu la, gni la..last2 biasa2 je yg aku amik..bukan Pengantin jer, aku beli jugak 2 buku nk buat hantaran...poyooo giller...hasil hantaran aku?? tak payah la..masuk majalah pun tak layak noks...saje suka2..

n semalam, aku sudah jatuh cinta pada Anjung Seri...kenapa bukan Impiana atau mana2 home decor magazine lain?? sbb Anjung Seri lebih kena dgn aku..lebih tepat dgn status diriku yang ada bajet ciput nk buat umah....masa dekat MPH, aku dok selak2 Impiana..sumer mahligai mewah, dengan furniture n home deco from obersea...spacious space yg boleh diisi dgn barang2 import..kau ada?? huhu..aku pun takde....huhh..sah2 la tak kena dengan diri den ni ha...

tapi aku rasa, aku beli Anjung Seri pun maybe sekali dua je kot..just to get the idea...sikit2 la...nk cedok sumer mmg tak mampu..mana2 yg basic sudahla...hubby pun nampaknya dh semakin serius dgn discussion pasal rumah...satu perkembangan yg sihat...walaupun hubby pernah kata :
"abang serahkan tugas design n deco rumah dekat sayang yer..abang ikut jer"
sekarang nampaknya hubby dh naik syok sama..
aku SUKA!!!