click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

22 November 2010

bersediakah aku??

promotion comes with big responsibility.....yup....ini yang aku akan bincangkan kali ni. rasmi atau belum rasminya, masih belum tentu..tapi perkhabarannya sudah ada..macam yang aku cakap, masih menunggu rasminya..entahkan ada entahkan tidak..tapi aku tetap mahu bincangkan ini.

lima tahun dalam journalisme...tempoh ini sangat singkat dalam media arus perdana sebenarnya..setiap hari ada saja benda baru...bermula sekitar Ogos 2008, Ogos 2010, genap lima tahun aku dalam dunia ini. di KL lebih kurang setahun empat bulan, aku merantau ke Kuantan selama dua tahun. kembali semula ke KL awal tahun lepas.

masih cetek ilmu aku dalam bidang ini. masih banyak benda yang perlu belajar. setiap kali belajar benda baru, aku rasa makin banyak benda yang aku tak tau. bodoh dari segala segi. salah itu dan ini. persoalannya, mampukah aku galas tanggungjawab nanti? bukan senang pikul tanggungjawab. perlu amanah, perlu dedikasi, perlu pengorbanan, perlu semuanya.

dan sehingga hari ini, masih banyak kesilapan aku buat. benda remeh....ya...memang tak patut buat silap..tapi aku masih silap...bagaimana aku mampu bimbing orang, jika aku masih silap? hmmm...pening aku.

jika ada rasminya, terima sudah pasti. tapi aku masih perlu buktikan aku pilihan yang tepat. bukan sekadar promotion saja. memang berat tanggungjawabnya. tak dapat aku bayangkan masa depannya nanti. harap2 ini mampu menonjolkan bakatku...harap2 aku juga mampu menggalasnya.

november dan disember tiap tahun, memang dinanti penuh debaran setiap warga 'keramat' ini. tempoh inilah terjawabnya segala persoalan..ke mana dia? ke mana kamu? ke mana saya? di mana saya? ada insentif tidak?  ada promotion tidak?

pada akhirnya, semua perlu akur...akur pada arahan, akur pada keadaan, akur pada masa..akur aku mungkin membawa aku ke halaman baru kerjaya...ya...aku berharap begitu. moga yang manis2 ada di hadapan menantiku..tapi, aku sedar bukan yang manis menjanjikan pengalaman...yang buruk adakalanya lebih banyak menjadi guru...untuk itu, aku perlu hadapkan saja...

yang manis, yang buruk, aku sedia menunggu mu...

SZ: terserlah sisi kewartawanan ku, aku kira..

No comments: