click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

31 December 2010

TEPU!!

bukan lemak tepu, tapi otak tepu...ya...otak saya sudah tepu...giller kau..dh lama rsa tak tercabar macam ni..sekian lama selepas satu masa dulu pernah sekali membuat 13, hari ni saya buat 10 ok!!!! mau tak pening makcik....

huhuhuhu....pada hari cuti umum berbahagia ini (saya masih kat opis mengadap komputer).....saya dgn ini mengucapkan selamat tahun baru....maaf zahir batin jugak..(ingat masa raya je mintak maaf??)

tahun baru, azam baru sudah ada...motivasi sudah ada...tingkatkan prestasi, produktiviti, trying to conceive, mahu lebih berjaya dan sebagainya....berikut adalah senarai azam baru...

1. mahu keluarga yang sentiasa diberkatiNya
2. mahu keluarga terus dilimpahi rezeki...amin...
3. mahu keluarga terus harmoni tanpa sengketa
4. mahu keluarga terus sihat
5. mahu ibadah lebih banyak..insyaAllah
6. mahu majukan diri
7. mahu jadi ibu mithali
8. mahu jadi isteri solehah
9. mahu beri zarin adik
10. mahu jadi anak yg baik
11. mahu jadi pekerja yang baik, amanah, jujur, rajin, produktif
12. mahu majukan raihana collection
13. mahu dalami ilmu bisnes lagi
14. mahu rumah siap sepenuhnya..(sekarang banyak lagi belum buat)
15. mahu bawa mama, baba dan adik2 berjalan (kalau ada rezeki lebih)
16. mahu zarin sihat (jangan semput2 lagi ye sayang)
17. mahu zarin lebih bijak
18. mahu zarin lebih cerdas
19. mahu zarin berkembang positif
20. mahu yang baik2 belaka...

utk material apa yang saya nak??

1. saya tak mahu Blackberry
2. saya tak mahu laptop
3. saya tak mahu gadjet
4. saya tak mahu jewellery (tapi kalau suami mahu hadiahkan, saya terima aje)
5. saya tak mahu LV multicolor
6. saya tau mahu kereta
7. saya tak mahu rumah
8. saya tak mahu makeup (oh yang ini mungkin saya mau...hahaha)
9. saya tak mahu beli SKII (sbb nak orang hadiahkan..boleh??)
10. TAPI saya mahu WANG BESAR...hahahaha..sebab dgn WANG BESAR, saya boleh beli semua di atas...HAHAHAHA

customer aku!! bangga sekejap...

Fairose with family in NA47 maroon rose...bangga makcik!!
ini lah regular customer aku....fairose from labuan....jauh tu....sejak Raihana Collection start, dia ialah antara customer yg bagi support berganda2 kat aku..cayalah Fairose...sayang sama kamu..

itu menunjukkan, kualiti jahitan RC memang tak mengecewakan....iyer tak fairose?? lagi gambar my customer dalam entry berikutnya....chow!!

24 December 2010

mini gathering (PD-part 2)

ketika aku menghabiskan cuti hujung minggu ala2 gathering dgn kwn2 samten, berlaku lah satu kejadian ini..


hajar (kiri) dgn pose seksinya..dan oyoy yang termenung pikirkan nasib dia sbb kwn2 dah ajak naik slide..

ini la slide yg aku citer kan tu..dari kiri...sri, aiza, oyoy, hajar...sedia untuk turun dari slide..

splash yang dihasilkan aiza sgt besar....kelihatan hajar juga bakal mencecah air pool...sila lihat di atas slide...ada seorang makhluk yg tak turun...mari kita lihat siapakah dia..

ya..itu dia.....oyoy sedang membetulkan tudung..tetap mantain walaupun sedang ketakutan sambil tersenyum2 simpul..

oyoy sedang di konfrontasi oleh kawan2 supaya terus turun..ketika kejadian, aku menyaksikan dari balcony bilik sbb anak aku dah menggeletar mandi pool

aiza dan hajar naik ke slide utk bagi sokongan kat oyoy..kelihatan seperti ada komplot di situ...aiza masih di atas sebab kononnya dah berjanji dgn hajar supaya bagi oyoy turun sorang2..malangnya hajar mengkhianati komplot itu dan turun bersama oyoy...

aksi tiga rakan selepas selamat menjejakkan kaki di lantai pool..."sib baik aku selamat," kata oyoy

amik ko....tetap dgn peace dia walaupun tadi masa kat atas slide takut tak hingat....sumpah oyoy tak nak naik lagi slide tu...

SZ: aku cakap orang...aku pun sumpah tak nak naik lagi lepas tertelan air....cukuplah sekali..nanti aku post gambar aku sebagai bukti aku juga pernah naik slide ini...

21 December 2010

mini gathering (PD-part 1)

kali ini post ringan2 saja...malas nak bicara tentang benda berat2..last weekend, berpeluang pegi PD dgn kawan2 9's Elite masa kat SAMTEN dulu...best sgt dapat spend a nite there in a connecting room...hihihi...ada la beberapa kali berlaku insiden kawan2 aku terpaksa lari menyelamatkan diri dari ternampak suami aku bila zarin buka selak pintu tak semena-mena...

married couple join: me dan Dila...single one: sri, oyoy, aiza n hajar...the best part was the slide at the pool...we manage to get Cozzi Hotel lepas hotel2 lain fully booked..cozzi pun ok what...dekat sgt dgn teluk kemang...in fact boleh nampak bumbung stall dekat teluk kemang tu.. but in term of cleanliness, i give 2 out of 8 star i think....not so bersih, as taik burung boleh dilihat merata2 di balcony..bilik takde karpet, so, sejuk kaki anak i ok.

air pulak bertakung dalam kat depan pintu bilik air.....next vacation to PD, have to rethink nk stay kat cozzi or not..

here are some of the photo taken during our 2 day 1 nite stay there..

from R (oyoy, aiza n aja)

seronoknya my hubby dikelilingi gadis.bini mana?? hehe

without dila..after checkout

nampak Cozzi Hotel ok..

@ jom makan restaurant (6 of us)

@ the poll

SZ: tunggu mini gathering (PD-part 2) as ada pendedahan yg akan dibuat..not WikiLeaks of course...hihi

20 December 2010

aku kembar ina naim??

hikhikhik....aku nak kongsi satu benda yg aku rasa mmg kelakar...korang ingat Ina Naim?? bekas tunang Mawi yang dh kawin dgn Suhaimi Inteam tu...yup...dulu kan, masa Ina Naim tgh muncul sekejap dalam dunia hiburan kita, ada pulak org samakan aku dgn dia...aku rasa, maybe org tu cakap aku iras2 Ina Naim...

aku rasa, features aku yg paling dekat dgn si Ina ni maybe tang kening dgn hidung...kening aku lebar n tebal gtu....tapi, tak la setebal Ina tu...hidung aku pulak kan tak berapa nak mancung gtu...korang tgk gambar di bawah...

pengantin di tengah ialah aku


ina naim dan suami (credit to google)

berikut dialog yang terlibat sekitar tahun 2006 (sebelum aku kawin)

sorang akak utusan : tadi ada orang tanya siapa awak...
aku : ooo ye ker kak..dia tanya apa? (bajet konon ada org nk ngurat aku)
sorang akak utusan : dia tanya awak budak baru ke?
aku : hmmmm....
sorang akak utusan : pastu dia cakap muka awak macam Ina Naim.
aku : hahahaha..ape kejadahnya kak!!
sorang akak utusan : dia cakap, awak nampak macam Cikgu Tadika jugak..
aku : dalam hati aku (hampeh punya mamat..meh sini aku lempang muka kau)..

huhuhuhu...

kakak kerja polis ke??

situasi 1


di satu malam yang hening minggu lepas, aku, hubby n little zarin pergi ke sebuah kedai perabot di Balakong..selepas memilih apa yang kami berkehendakkan, kami pun duduk borak2...


salesman : kakak kerja apa ya??
aku : kenapa tanya?
salesman : kakak nampak kuat la....polis ke kakak?
aku : haiyo....polis pulak..
salesman : kalau tak pun cikgu la kakak.
aku : mana2 pun boleh maaaa...mesti kene kuat maaa...kalau tak kuat, macam mana mau jaga anak..
salesman : (gelak sambil buat muka terkejut)


agaknya dia salah dengar ayat terakhir aku dengan 'kalau tak kuat camana nak buat anak'...hahahahhahah


situasi 2


aku berjalan2 di opis....sama ada ke kantin atau nak ke surau..tetiba terserempak dengan seorang adik kosmo yang seraya memanggil aku...


adik kosmo : cikgu!!!! (sambil senyum)
aku : haaaa..kenapa cikgu?
adik kosmo : sebab akak nampak nampak cikgu!!


situasi 3


aku berjalan ke sebuah gerai makan di depan opis...duduk aje kat kerusi dialog ini pun bermula.


jurugambar : shamsiah nampak macam I/O (pegawai penyiasat) la hari ni.
aku : ye ker??
jurugambar : haah la...seluar hitam, baju kemeja gelap...sebijik macam polis..
aku : ye la kot (sambil tengok seluar baju aku)


pada hari itu aku pakai slack hitam, kemeja gelap jalur purple, tudung ekspres purple yang sudah rosak awningnya sebab hubby masukkan dalam washing machine.


* itu adalah 3 situasi di mana aku sering disalah anggap sebagai polis atau cikgu..pernah masa aku attach kat meja mahkamah dulu, ada sorang polis lelaki ni ingatkan aku polis..siap tanya balai mana lagi..tak tau la pulak kalau itu cuma taktik utk mengurat..hahaha..

16 December 2010

sekali kepala anak senget la

entry kali ini aku based on gambar2 yg ada dalam komputer opis ni jer..sebabnya, post akan lebih menarik disusuli gambar..sementelah, aku dah translate 3 story, mari berehat bersama2 Kitkat sekejap...hihii

gambar ni takde kena mengena dgn entry...cuma aku terpesona dgn trick kamera Samsung adik aku ni sbb muka aku very the flawless dalam ini gambar :)

mari sambung entry mengikut tajuk post di atas...pernah korang diberitahu yang kepala baby korang senget sehingga memerlukan dia berjumpa physiotherapist?? yer, aku pernah..sila tengok beberapa keping gambar di bawah..










begitu terserlah kesengetan kepala zarin seperti gambar di atas..kepala baby aku masa ni senget ke kiri sbb dia lebih selesa ke arah itu...nak tau sbb apa dia jadi macam ni?? tengok lagi gambar di bawah..





sebab aku dukung dia macam ni dari kecikla, kepala zarin senget...she loves to lean her head on my bahu...maybe itulah tempat paling comfortable utk dia even tho mak dia ni kering je sebenarnya..

aku n hubby figure out masalah ni pada zarin masa dia 6 bulan...masa bawak pegi monthly immunisation, her paediatrician bgtau yang kepala zarin senget..so, dia suggest jumpa physiotherapist...we all pun naik la tingkat 4 pantai cheras tu, mengikut saranan doktor...sampai sana, physiotherapist terbabit telah membedung anak kitaorg dgn kain...aku diminta pegang bahu dan badan anak, sementara si hubby hanya menyaksikan kejadian.

maka bermulalah proses physiotheraphy terhadap zarin...physiotherapist tu akan tarik kepala zarin dari kedudukan atas kepala....dia tarik ke atas, bawak ke kanan....tarik ke atas bawak ke kiri..setiap posisi akan diulang lebih 7 kali...sudahnya, melalak la anak aku...mau tak sakit kalo orang tarik2 kepala korang?? huhuhu..tapi nk buat camana kan...kalo tak, sampai ke besar pulak kepala dia senget..

disebabkan zarin nangi beriya2, physiotherapist bagi zarin rehat kejap..aku diminta dukung zarin, tenangkan dia, sebelum sesi disambung lagi...once physiotherapist baru nk bedung dia utk sambung session, dia dh start nangis.huhu..

itu 1st time buat physiotherapy...ada 2nd time just a month after that...sama jugakla macam the 1 st one..zarin tetap melalak...dan akhirnya selepas beberapa bulan, we all notice, kepala zarin tidak senget lagi...alhamdulillah...




yeay..kepala anak mama dah tak senget lagi!!

15 December 2010

ukur baju pada badan sendiri

suka dengan satu kenyataan seorang rakan yang lebih kurang begini bunyinya : dont go to The Curve if u only can afford The Store' n 'dont wish for McLaren if u only can afford for Sweet Cherry'...

McLaren yang memang meruntun jiwa

Sweet Cherry yang jangan dipandang sebelah mata

untuk siapa yang tidak berapa nak mampu seperti saya, tetapi tetap mahu berikan keselesaan kepada anak-anak, saya hanya pilih Sweet Cherry...pada harga kurang RM300, saya boleh dapat stroller kaler merah hitam yang saya sangat suka....cuma mungkin tidak se praktikal mcLaren yang boleh dilipat2 untuk masuk kereta kecil macam Myvi..tapi, kalau dah McLaren, takkan naik Myvi je kot kan....for sure cc keretanya pun lebih besar.

dalam perkara macam ni, tak jadi masalah kalau anda memang orang yang mampu..nak beli 5 McLaren pun beli la....tetapi bila ada di kalangan orang di sekeliling kita yg mengadu duit tak cukup la, beli diaper anak la, susu la....kita perlu tgk jugak perbelanjaan kita dari segi lain...

zaman sekarang ni, tak salah saya katakan ada yg beli benda2 high-end macam tu utk anak2 hanya untuk menunjuk...salah ke kenyataan saya ni?? saya rasa tak salah 100%..sedangkan pada akhirnya si ibu dan ayah perlu ikat perut semata2 untuk belikan barang kesayangan anak anda...yer, saya juga sayangkan anak saya...tapi tak bermaknalah bila saya belikan Sweet Cherry saja, kasih sayang saya pada anak kurang...

kita perlu bersyukur sebab sekurang-kurangnya kita ada wang lebih utk belikan anak stroller..walau apa pun jenamanya, anak tetap merasa naik kereta tolak2 tu...perlu diingat, ramai lagi di luar tu yang takde kemampuan utk beli stroller utk anak..

itu satu contoh...banyak lagi contoh lain sebenarnya dalam hidup kita sekarang.ukur baju perlu pada badan sendiri...kan lebih baik bersederhana dalam segala hal....saya sangat adore seorang kawan saya yang mampu, tetapi hidupnya serba sederhana...

siapa tak mahu senang, kan?? saya juga mahu....jadi, jangan berhenti berusaha walaupun kita hanya afford Sweet Cherry, ya....

mau tengok laut

dah agak lama tak tengok laut...last ntah bila....ya, masa zarin 9 bulan dulu..otw balik batu pahat, singgah PD..dan minggu ini, sekali lagi nk g PD utk tgk laut....wink..wink...

mama yang gemuks dgn zarin, 9 bulan...hihi

this time maybe percutian we all lain sikit..sbb ala2 mini gathering gtu...we all akan berholiday dgn kawan2 sekolah dulu....yang single Sri, Oyoy, Hajar n Aiza...married couple Me n Dila....mesti zarin tak sabar nk main pool n kawan dgn Fayyadh, baby boy Dila...

apa agaknya aktiviti kat sana?? masih belum diputuskan lagi....better kalau ada games, so that our gathering is just not a gathering kan...nk buat BBQ?? tak tau lagi jugak...yang penting, we all (i, hubby n zarin akan cuba gerak ke PD pagi sbb tak mau zarin kena flu lagi...) gerak noon tengah2 panas rembang tu boleh burukkan lagi kesihatan my girl..

since transfered to KL tahun lepas, agak susah la aku nk melihat keindahan pantai dan laut ciptaanNya memandangkan kat KL ni ntah mana la laut yang paling dekat...kalo tak bagan lalang, PD....ya PD..dulu masa keje kat kuantan, tiap2 petang boleh pegi tgk laut..kat Teluk Cempedak or so called TC...lagi best layan laut sambil makan McD..memang nostalgia habis..

nak lagi best?? dating kat TC dgn hubby (masa single mingle dulu) sambil bawak sparkling water..minum2 tepi laut...wah..bestnyer..amik gambar terlompat2...(gedik u olls)...sekarang tak boleh la amik gambar lompat, kan..nnti anak tgk, dia pun ikut sama...sapa nk jawab??

hihihi....looking forward to go to to PD this weekend!!

13 December 2010

cuba cari mood

kecewa...
satu perkataan yang boleh gambarkan perasaan aku ketika ini
kecewa dengan apa?
dengan segala-galanya
hanya yang berada di tempat aku boleh berkongsi kekecewaan ini
hanya yang seperjuangan dengan aku dapat rasa apa yang aku alami


apa tak cukup dengan persekitaran yang ada sekarang?
bukan aku mahu lebih
jauh lagi tidak bersyukur
cuma kadang-kadang dalam hidup
kita perlu ada satu penanda aras
penanda aras yang tentukan di mana kita
berbanding bertahun-tahun dulu


dan hari ini
aku masih belum ada penanda aras sendiri
belum ada yang aku boleh banggakan
semuanya masih sama macam lima tahun dulu
bila nak berubah?
jalannya tak nampak
takkan hanya mahu ikut 'flow'
entahlah


kawan-kawan kata
mahu tunggu beberapa bulan lagi
mahu tengok apa yang akan jadi
ya....lepas itu kata mereka
perlu ambil tindakan
takkan diam aja


aku?
entahla
masih banyak bakti ingin ku beri pada tempat yang satu ini
tapi
bila kecewa yang aku rasa
mampukah aku beri apa yang kau mahu??


SZ: kekecewaan serius setiap hujung tahun...kau tahu semuanya

10 December 2010

tak lupa password lagi

aku tak lupa password blog ni lagi..meaning, ok la tu...lama sgt aku menghilang....dimulai cuti tahun dari 1-5 dis lepas...Allahuakbar....macam2 ujian Dia bagi pada hujung tahun ni utk aku anak beranak...start dgn zarin warded kat pantai cheras.....sambung dgn hectic nk pindah umah....menyusul kepada aku demam 3-4 hari...balik dari kampung, tangki umah pulak bocor....habis basah tilam n dining area banjir...mmg menguji kesabaran..n the latest, zarin demam lagi..sian anak mama...

esok baru plan nak cari barang umah yg blm complete lagi..nampaknya kena postpone lagi...sbb zarin blm fully recovered...malam ni, kalau zarin tak elok jugak lagi, kitaorg akan pegi az-zahra for the 2nd time...harap2, dia ok...

sungguh, lepas demam, badan mmg ambil masa utk heal...saki baki pening masih ada...sakit2 badan, still terasa..nampak sgt aku dah tua...dulu, kalau kena hujan, rileks je takde apa....bila nk masuk 28yrs ni, kena hujan sikit, dah pening2 kepala...even, mind dah di set 'aku takkan demam', badan tak boleh menipu...tak mampu menampung otak yg cuba di 'psikologi'...aku tewas juga..

hari kenduri kat tg malim, aku mmg lebih banyak mengelat..pantang anak masuk buai, tido, aku pun cari bilik kosong...tido jugak...lelap mata kejap pun jadila. alhamdulillah dh beransur baik...