click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

30 October 2012

masuk 3 dah??

sila baca tajuk di atas dgn nada sinikal sambil mengangkat kening kehairanan... kerana itulah juga atmosphere entry ini... sinikal.. 

i berkahwin pada ogos 2008... julai 2009, i dikurniakan puteri sulung... september 2011 seorang putera.. dan soon, seorang lagi puteri bakal lahir pada jan 2013. inshaallah.. apabila perut i mula membuyung, ramai memandang (dengan sinis)... mengandung lagi ke??? i senyum jer...malas nk cakap banyak..

satu kesilapankah i pregnant lagi? i tahulah... persekitaran membuatkan orang pandang sinis... sebab i dgn suami i satu tempat keje.. orang kenal i, kenal juga suami i.. so what? lupa pulak i.. orang kita memang suka kata2 di belakang kan...

bagi i, ini rezeki... anak i, i yang bagi makan... suka hati la i nak berapa anak pun. in the other word, i mampu okey... (dah berlagak la pulak kan).. tapi itulah realitinya.. Dia memberi berdasarkan kemampuan kita.. i terima seadanya.. ramai anak seronok apa..

timbangkan kes-kes di bawah (tiada kaitan dengan individu tertentu)...

KES 1

* sepasang suami isteri telah 3 tahun berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak.. rupanya, jodoh mereka tak lama. hikmahnya, kes perceraian mereka tidak perlu dipanjangkan untuk hak penjagaan anak dan sebagainya.. jika ada anak pula, dibimbangi anak itu akan terganggu emosinya dek perceraian sang ibu dan bapa

KES 2

* sepasang suami isteri telah 2 tahun berkahwin, tetapi tinggal berjauhan...seorang di semenanjung, seorang di sarawak.. bayangkan jika mereka ada anak... tentu sukar menguruskan emosi anak dan diri sendiri sebab terpaksa berjauhan dengan pasangan masing2

KES 3

* sepasang suami isteri, dua2 bekerjaya n bergaji besar... dikurniakan 7 anak berderet2.... mereka mampu menggaji maid, maka tiada masalah bagi mereka.. hidup mereka bahagia

KES 4

* sepasang suami isteri, dikurniakan 6 anak.. suami bekerja tetapi isteri tidak... rumah tangga sering berdepan masalah.. itu dugaan keluarga mereka

KES 5

* sepasang suami isteri, berkahwin 3 tahun tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.. sempatlah si isteri sambung belajar n menyempurnakan MBA nya... tiba2, bapanya sakit... dia berpeluang menjaga bapanya sehingga orang tuanya itu menghembus nafas yang terakhir.. Allah berikan keistimewaan kepada dia utk berbakti kepada bapanya... jika dia ada anak lebih awal, tentu dia perlu bahagikan masa antara anak dan bapa.. selesai semua tanggungjawab dalam hidup, dia akhirnya mengandung.. indahnya perjalanan diatur Dia..

KES 6

* sepasang suami isteri, berkahwin 6 tahun.. masih belum mengandung... dia masih menikmati saat2 kehidupan berbulan madu... manis bukan?


Nah, setiap yang berlaku dalam hidup kita pun sama.. perjalanan diatur Dia sudah tertulis.. ada sebab mengapa si A hidupnya begitu, si B hidupnya begini... syukuri nikmat dari-Nya...

bagi i, perihal anak rezeki Dia.. jangan dipersoal..Dia tahu yang terbaik untuk kita.. jaga sajalah amanah yang diberi Dia..

inshaallah..


No comments: