click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

13 November 2014

BERBALOI BELI BARANG KAHWIN DI GM KLANG

This entry will be one very famous in my blog especially utk bakal2 pengantin. Semoga tajuknya memudahkan pencarian di internet untuk future raja sehari..

Last week, berpeluang meneman adik yg bakal berkahwin ke GM Klang... lokasinya juga amat mudah.. Kalau dari Cheras, kami gunakan MRR2 terus ke KESAS ambil exit Taman Botanic Klang.. Terus sahaja dari exit, dh boleh nampak GM Klang dari jauh...

Begini rupa bangunannya..

Parking pun mudah.. Ada yg dalam bangunan, ada yang luar bangunan.. Kami pergi hari Khamis.. so, tak banyak kereta.. FYI, this is the first kami datang sini..Kami parking di tingkat 6... yang tak bestnye, naik parking tu pusing2 sampai ke atas.. kalau tak mau pusing2, sila parking di tingkat bawah sahaja... YES, itu tips pertama..

Sampai sahaja dalam tu, kami teruskan misi nk mencari item2 ini:

1. Bunga Telur
2. Bunga Penanggah
3. Glass beads utk lace baju
4. Paper bags
5. Woven bags
6. Bunga hiasan Dulang
7. Ribbon
8. Bunga tangan pengantin

Sempat survey harga barang di beberapa kedai.. rata2 bagi woven bag RM0.15 sen seunit... paper bag pulak semuanya RM0.69 sen ke atas... Kalau dapat yg lagi murah, lagi bagus kan.. Sampai lah kami ke sebuah kedai jual barang2 kahwin... nama kedai tu tak ingat seriously... CINTA HATI? CINTA SAYANG? Lebih kurang gtulah..

Kedai tu memang besar berbanding kedai2 jual barang sama yang lain. Harga woven bag sama je, RM0.15 sen seunit. Kalau beli 1,000 pcs ke atas, dapat RM0.12 sen.

Tanpa ragu2, kitaorg terus beli hampir SEMUA barang kat situ...

woven bag
RM0.15 sen /pcs
Beli 700 pcs



Paper bag (saiz 3/4 kertas A4)
RM0.40 sen/pcs
Beli 500 pcs

Bunga telur
RM1/pcs

Ribbon - RM 7 segulung
Bunga pink - RM5 sejambak
Bunga merah (untuk bunga tangan DIY) - RM6 sejambak
Daun biji2 hijau (untuk DIY bunga tangan) - tak ingat berapa RM






Bunga penanggah
RM0.60 sen.pcs
Beli 200 pcs

Total belanja adalah RM570++ untuk semua item di atas.. Which is kami sangat2 puas hati.

Untuk Glass pearl, kitaorg turun satu tingkat ke kedai lain.. Gambarnya lebih kurang macam ni.. (pix from Google)

Glass pearl besar - seikat RM3
Glass pearl kecil - seikat RM4
Beli berapa banyak tak ingat dah..

Kesimpulannya, memang berbaloi2 pergi GM Klang ni.. harga pun murah.. Sedikit tips saya berikan untuk bakal2 pengantin..

1. Untuk beli barang, tanya harga yang paling murah dulu...
"Dik, paper bag mana yg paling murah?". Dia akan tunjuk yg harga 30 sen gtu.. tapi kecik sangat of course.. "Bagi saya yang 50 sen ada?? So, dia tunjuklah yg macam kami beli tu..

(macam tu jugalah untuk barang2 yg lain di atas)

2. Survey dari kedai ke kedai...
Kami bandingkan harga 3-4 buah kedai... Ni kena rajin sikit la

3. Kalau boleh, beli sahaja sekali untuk kedua2 belah pihak (pengantin lelaki & perempuan). Harga lebih murah kalau kuantiti banyak.

4. Pergi pada hari biasa sebab kurang sesak

5. Tak perlu bawa luggage macam kami. Sebab staf kedai akan tolong hantar barang sampai ke kereta

Harap2 entry ni dapat membantu anda!!!

No comments: