click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

29 November 2014

BELI RUMAH: PILIHAN PERLU TEPAT

Assalamualaikum...

Kali pertama beli rumah dahulu, saya dan suami hanya mampu beli townhouse di balakong pada tahun 2007. Semuanya berlaku terlalu cepat (gamble juga).. Suami terjumpa brochure, terus dia ke show house.. dan tentu2 lah jatuh hati sebab show room cantik.. 

Kami buat join loan, sain S&P sebelum nikah. (lagi gamble)... Alhamdulillah, rumah bernilai RM170,000 ketika itu, kami duduki dua tahun selepas kahwin.

Sekarang, nilai rumah itu dah mencecah RM360,000 (tahun 2014).. Naik sekali ganda... Bila anak dah tiga (dua perempuan, satu lelaki), mulah terfikir nak cari rumah baharu. Nak ruang yang lebih luas, anak2 pun nak ada bilik sendiri.. Maka pencarian pun bermula....

Keputusan nak beli rumah baharu juga dibuat secara adhoc. disuarakan oleh saya semestinya antaranya mengambil kira hasrat saya untuk menjaga ibu bapa saya bila mereka tua kelak. Mama & baba sekarang tinggal di flat kos rendah. bila tua nnti, dah tentu tak larat naik tangga.. Jadi, saya sebagai anak sulung perlu fikir untuk masa depan mereka.

Dalam masa dua minggu, saya 'shopping' di mudah.my. 


saya dan suami sempat tengok satu rumah di taman equine.. single storey, corner lot, harga RM410k.. Rumah tinggal, jadi banyak kena fikir sebelum beli.. semuanya kena buat balik termasuk porch yg kecil.. So, kami tak beri maklum balas kemudian..

Saya terus layari mudah.my setiap hari. kalau anda semua perasan, bila tengok mudah hari2, kita akan tahu mana rumah baru masuk iklan sbb biasanya iklan tu dah di set 'auto generate'... ada rumah yg dah dijual pun diiklankan semula.. So, kena alert dengan iklan baharu.

Saya juga terlepas dua buah rumah single storey lot corner di seksyen 7 bangi.. semalam masuk iklan, hari ni call, dah orang lain book. memang cepat betul orang book sebab harga bawah RM400k.

Apa yang saya nak katakan, sekiranya anda nak membeli rumah, perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Lokasi - Pilih yang dekat dengan kemudahan (sekolah, masjid, kedai & sebagainya)
2. Vacant atau tidak - Seelok-eloknya pilih rumah yang diduduki, rumah rumah tinggal.. Jadi kos yang perlu dikeluarkan tak tinggi
3. Buat pilihan bijak - Jangan tergopoh-gapah beli rumah. Survey, survey dan survey.
4. Kalau boleh direct dgn owner lebih bagus..
5. Belilah rumah secepat mungkin, sebab harga rumah tidak mungkin akan turun




No comments: