salam...baru mlm ni ada kelapangan sedikit utk menulis...ni kisah masyarakat 2 : @ hospital ampang (mek siam).....dh macam tajuk citer hantu la pulok...hihihi...
gini kisahnya...entah pada hari ke berapa di hospital ampang (masa zarin warded 9 hari sbb pneumonia), masuk la sorang cina siam ni dgn anak lelaki dia yg umurnya lebih kurang 3 tahun....mek siam ni pulok around 35 thn kot..kes anak dia sama macam kebanyakan budak yg warded....lung infection...standard dgn batuk yang meletup2 dgn kahak..
malam first masa mek cina siam ni ada kat bilik, serius aku tak leh tido sbb setiap kali anak dia batuk, dia akan marah anak dia...huhu...(FYI, anak dia boleh dikatakan batuk spnjang malam)..bayangkan saje la..mmg aku lelap 2 jam je rasanya...anak aku pun batuk jugak...tapi berdasarkan ke'rasional'an aku, tidak lah pula aku marah zarin...
esoknya, si mek siam dh mula ramah dgn kitaorg...dia nk berborak, tapi dia cakap campur2 siam la pulak...mano den paham....kalau minang ko, buleh la den cuba paham jugak...dalam2 tak paham tu, aku berjaya jugak tangkap apa yg dia cakapkan..memang lawak la mek siam ni...dia citer anak dia pernah tunggang bir yg bapak dia minum....yang best, bapak dia lepas minum bir, terus tido sbb mabuk...yg si budak ni pulak kata mak dia, tak boleh tido n jadi hyperaktif...dahsyat budak tu.
kalo korang tgk pulak budak ni, serius comel beb...muka dia ala2 budak nakal dlm filem thai yg kita biasa tgk...budak lelaki nakal yg biasanya mesti dpt apa dia nak..kalo tak dpt, dia stok ngamuk punya budak...gtu la muka dia..
mak dia pun aku boleh kategorikan nakal jugak...ada sekali tu, aku nk g amik air kat pantry...dgn perut boyot2 ni, aku pun jalan la dgn steady nyer..tetiba, dari belakang aku, aku nampak mek siam ni smbil pegang termos, kejar aku, terus potong aku....oohoooo mek siam..mentang2 aku ngandung, aku tak leh la lari...ko tak tau dulu aku olahragawati sekolah rendah..kalo bkn sebab aku mengandung, aku dah ajak dia lumba 100 meter dgn aku tau..
malam kedua, aku tukar syif dgn hubby..hubby kata, malam tu lagi sadis...kol 3am..ketika org sedang nyenyak tido, mek siam ni tetiba menjerit dari dlm bilik air..nk tau kenapa? sbb anak dia ni jenis tak leh kena tinggal...so, bila budak laki ni tgk mak dia takde kat katil, dia bantai melalak la...mek siam yg dok dlm bilik air turut menjerit sama mintak anak dia diam....nurse siap masuk dlm bilik lagi tanya apa yg jadi...kelakar2....
malam ketiga...kali ni anak mek siam dah tak batuk cam dua hari sudah....so, dpt la mek siam tido dgn aman...(FYI), malam2 kat hospital ampang ni mmg sejuk sbb diaorg pasang aircond...kitaorg kat dlm bilik selalunya akan off aircond sbb aircond dari luar bilik pn dh mampu menyejukkan bilik...malam tu, anak aku batuk kaw2 punyer...smpai aku pulak tak leh tido..padahal aircond tu, kitaorg dh matikan...
esoknya, hasil siasatan mendapati, ada seseorang telah membuka aircond..selidik punya selidik, rupany2 mek siam ni yg bukak aircond...jawapannya hanya aku ketahui pada mlm keempat..sbb elok lepas aku offkan aircond, aku pun naik katil....masa tu aku nampak mek siam dgn selambanya bukak aircond tu balik...
aku cakap, 'no aircond...baby cough'.....(ank ko dh sihat, elok la ko bukak aircond ye mek siam)....mek siam jawab 'no oksigen....no oksigen, get cough'....pandai pulak dia mengaitkan oksigen dgn batuk...aku pesan dgn nurse..tlg tengok2 kan suis aircond..kalo bukak, aku suruh nurse tutupkan...sbb zarin mmg alah dgn aircond...
yg nurse pulak g cakap dgn mek siam....'no aircond'......so, mek siam sudah mogok...dia amik kerusi, dok depan pintu bilik utk tidokan anak dia...huhuhu...malam tu jugak, nurse sudah pindahkan mek siam ke bilik lain...sorry mek siam, aku takde niat pun nk suruh ko pindah..
esoknya, muka mek siam tak kelihatan lagi di ward..mama cakap dia nampak mek siam n anak dia dh keluar ward sambil bawak beg...tapi....lusa, aku nampak lagi mek siam n anak dia...kali ni lain kes pulak...food poisoning...haihhh...apa2 je la mek siam...
dlm cerita ni, ada moral yg aku dpt.....mek siam ni bkn warganegara...so, kita layan dia pun macam bukan warganegara....kita sebagai malaysian, dah sah2 dipentingkan berbanding mereka ni, walau dlm apa pun keadaan waima benda remeh temeh..(soal aircond)...agaknya, kalo la aku ni pun pendatang kat thailand, aku pun alami nasib yg sama cam dia...betul tak??
No comments:
Post a Comment