click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

24 March 2013

gentle birth/traumatic birth.. pilihan pada anda...

saya akui, sejak saya dalami ilmu birthing (kelahiran), saya mahu lebih mencari apa yang saya masih tidak tahu dengan cabang pengetahuan ini. saya juga ada cuba sebarkan ilmu ini kepada rakan2.. tapi, tak ramai yang nak tahu tentang ilmu ini. saya tak salahkan mereka, kerana saya juga PERNAH seperti mereka.. saya pernah merasa SINIKAL tentang semua ini. sehinggalah hati saya benar-benar terbuka mahu mendalaminya. sudahnya, saya menenangkan hati saya, 'mereka akan cari saya, jika mereka mahu tahu'. sama seperti saya mencari seorang rakan ketika mahu tahu tentang ilmu kelahiran. hugs fazirah!!!

dan hari ini, saya rasa gembira sebab seorang rakan sekolah saya, mahu dalami ilmu ini. sebaya dengan saya, dia kini sedang mengandung anak keempat. tiga yang sebelum ini semuanya c-sect. (doktor kata anaknya besar). saya katakan kepada dia, ada orang boleh bersalinkan anak 5 kg di rumah.. terus dia tanyakan kepada saya bagaimana.. saya terangkan kepada dia tentang ilmu kelahiran yang orang kita biasanya terlepas pandang. dia kata, sangat berminat. jadi saya add dia di closed group gentle birth... alhamdulillah. ilmu yang bermanfaat memang perlu dikongsi.

saya tak salahkan sesiapa dalam perkara ini. mengapa sesetengah orang tak cuba untuk dalami ilmu kelahiran, itu pilihan mereka. sama juga dengan pilihan saya yang MAHU dalami ilmu kelahiran. jika saya dapat undurkan masa, saya dari mula lagi (mengandungkan anak pertama) saya mahu apply teknik gentle birth yang saya belajar.

sama seperti lain2 wanita berkahwin yang disahkan mengandung, saya dulu hanya SUKA untuk tahu apa perkembangan janin saya dari minggu ke minggu. hanya itu yang saya baca. kemudian sedikit ilmu breasfeeding. saya hanya menurut kelaziman. 

kalaulah, saya punyai lebih banyak masa, suka saya mahu berkongsi tentang ilmu2 ini. cuma kesempatan saya sangat terhad. begitu pun, saya berbesar hati berkongsi jika ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang ilmu ini. sama ada gentle birth/traumatic birth.. pilihan pada anda...

15 January 2013

kisah kelahiran natural zuhayra khadeejah mohd zaini


12 Jan 2013 (SABTU)

"Abang, kita rasa kita bersalin pagi nanti la," itu ayat pertama saya sebaik bangun dari tidur kira-kira pukul 11.00 pagi. Semacam ada instinct memberitahu, anak ketiga kami akan dilahirkan tidak lama lagi.

Hari sabtu, kebetulan hari cuti suami. hari ini juga hari family day out utk kami anak beranak.. berjanji mau bawa zarin n adiknya zikri ke Jusco.. dalam lebih kurang 12.45pm kami tiba di Jusco.. makan KFC, bawa anak2 main sebentar, buy some groceries (termasuk jambu air yg saya tak sempat makan sblum melahirkan), kami terus ke rumah mama di Cheras.

Petangnya, saya dan suami sempat meneman mama beli kerusi di kedai perabot. Malam pula, suami hadiri media nite anjuran UMNO di PWTC.. saya terus berada di rumah mama.. plan asal, mahu pulang ke Balakong bersama anak2..

Sepanjang hari sehingga tengah malam, saya memang merasai mild surges.. tapi, with no blood show mahupun membrane ruptured, saya seakan confuse kalau masa untuk melahirkan sudah tiba..

13 Jan 2013 (AHAD)

Bermula 1.00 am... 

Suami pulang dari media nite, kami ambil keputusan untuk tinggalkan anak2 di rumah mama.. dalam perjalanan balik, suami ajak saya terus ke hospital, tapi saya insist.. saya katakan, saya mahu duduk di rumah sebab surges yg saya rasa masih far apart... around 20-30 minit dan saya masih boleh kategorikan sebagai mild surges.

Sampai di rumah, saya terus mandi.. having a warm shower sangat menenangkan. suami tanya lagi, perlukah inform gynea kami, Dr Haw. saya katakan, nanti dulu.. selepas mandi, rasa cuba lelapkan mata bersama suami.. sambil itu, kami pasang lagu relaxation di Youtube.. dengan kedudukan lateral di atas katil, saya rasa mengantuk, kekadang terlelap, namun bila surges datang, saya akan terjaga.. 

Sehinggalah saya rasa, surges saya semakin kuat.. saya call Dr. Haw utk beritahu perkembangan dan kata padanya saya mahu terus stay di rumah.. saya tengok jam, pukul 3.30am.. cepatnya masa berlalu!! Dr haw cakap, bila nk keluar ke hospital, baru inform dia..

Sampai pada satu ketika, dari kedudukan lateral, saya perlu berada dalam kedudukan all four setiap kali surges datang. kali ini lebih kuat.. saya juga vocalize untuk mengurangkan tekanan surges.. kedudukan itu sangat membantu.. selepas itu, saya bereksperimen dgn pelbagai kedudukan setiap kali surges datang.. squatting, walking, all four, leaning against the wall...semua saya cuba.. 

Lebih kurang pukul 4.45am, saya katakan kepada suami yg saya mahu ke hospital.. selepas menukar baju dan seluar, kami terus ke columbia asia.. dr haw saya hubungi sebelum kami keluar rumah.. saya minta suami bawa kereta laju sebab ketika itu, saya dapat rasa seolah2 ada urge utk push..cuma belum kuat.. satu yang saya risaukan, saya mungkin diberitahu bahawa saya hanya baru beberapa cm dilated, yg tentunya akan mengecewakan saya..

Sampai di hospital kira-kira 5.10am, saya terus dibawa ke labour room.. heart beat n surges saya diperiksa.. alhamdulillah, saya tidak menjalani sebarang VE (vaginal examination) yg sangat digeruni banyak wanita in labour, termasuk saya!! 15 minit di dalam labour room, Dr. haw tiba dan guess what, saya masih boleh ketawa di antara surges!! satu keadaan yg saya tak dapat rasakan semasa mahu bersalinkan anak pertama dan kedua!!

tiba2, saya dapat rasakan ketuban saya pecah.. saya beritahu suami dan dr haw kata, awak akan bersalin cepat.. kata2 dr haw sedikit sebanyak jadi motivasi kepada saya.. dia juga banyak katakan kepada suami, " jangan risau, baby akan keluar sendiri, tak perlu push'...

10-15 minit selepas ketuban pecah, rasa mula rasa urge utk push.. tapi, saya menahan diri utk push.. saya akui, ketika itu, saya lupa cara utk breath down the baby.. jadi, saya hanya ikut flow.. let the body and baby do their job.. 

dari kedudukan squatting (yang saya wish dalam birth plan), saya menukar kepada all four. saya rasa lebih selesa. dengan kedudukan itulah, saya melahirkan baby saya..saya dapat rasakan 'Ring of Fire'... pertama, saya dapat rasakan baby crowning... disusuli tangisan baby ketika sebahagian besar badannya masih berada dalam saya..

"Kepala baby dah keluar, sayang," kata suami.. saya lega, sebab saya tahu, semuanya akan berakhir cepat.. tak sampai 5 minit, saya selamat melahirkan zuhayra khadeejah.. bayi sihat seberat 3.42kg.. dia sangat alert, menangis di saat kami lakukan skin bonding.. dr haw biarkan kami 3 beranak dalam masa 20 minit... placenta saya dilahirkan dlm masa kurang 10 minit baby keluar alhamdulillah.. suami saya potong tali pusat hanya selepas 20 minit baby lahir...

tarikh 130113 pada jam 5.40am itu tidak akan saya lupakan. alhamduillah, saya tidak alami blood loss.. hanya first degree tear yg tak memerlukan jahitan.. pengalaman birthing kali ini sangat berbeza dengan yg dua sebelumnya.. saya juga sangat bertenaga selepas melahirkan.. tidak sleepy dan rasa sangat sihat... 

saya akhirnya merasai pengalaman bersalin natural saya.. alhamdulillah.. no drugs, less pain, lebih relax dan tenang.. kini, saya juga punyai kisah hypnobirthing/natural birthing utk dikongsi.. alhamdulillah..

- shamsiah zulkafli-

01 November 2012

cake review: turkish indulgence secret recipe


i just ate this brand new turkish indulgence@ secret recipe..... thanks to hubby yang mendapatkan hanya dlm tempoh 30 minit... i tak paksa ok... hubby yg tak kerja beriya-iya hantar ke opis.... :)

when i first saw the pic, i know this kind of cake must be full of texture... rasa dia far away from choc indulgence... but, if u ask me, i will say, i prefer choc indulgence la.

on the top, ada pistachio dengan topping coklat... 2nd layer, cream cheese, followed by choc cake n layer of choc cream... 

bottom dia pulak, ada coklat yg soooo rich with kacang (apa jenis ntah), a kind of jelly macam dalam coklat blackforest cadburry tu and marshmallow... honestly, this layer, i tak berapa berkenan sangat la... sooooooooo rich ok.... n layer ni jugak buatkan kek ni a bit sweet... bagi i, tak ubah macam makan coklat blackforest cadbury je..

i rasa, ni je la sekali i makan turkish indulgence ni.. lepas ni i prefer choc indulgence, tiramisu or cheeze choc je la kot...

disebabkan texture yang terlalu banyak tu jugak, no wonder the price of this cake jugak mahal... RM10 for a slice n RM120 for the whole cake... walllah!!!!

nak rasa? cubalah!!

tira misu.....

assalamualaikum...



inilah rupa my first tiramisu beberapa bulan lalu.... dan semalam, bila bukak kitchen kabinet, ada sekotak lagi  pittsburgh cake mix yg dah nak expired... so, terpikir utk buat kek yang sama lagi..

last time, cream cheese brand tatura tu macam tak berapa nk best sangat... so, this time nk guna Philladelphia Cream Cheese... 

last time juga, i took 3 hours nk membaking tiramisu ni... 3 kali pegi lari tidokan zikri, sudahnya, whipping cream i pun tak menjadi...

so, this time nak membuat tiramisu dgn jayanya....

30 October 2012

masuk 3 dah??

sila baca tajuk di atas dgn nada sinikal sambil mengangkat kening kehairanan... kerana itulah juga atmosphere entry ini... sinikal.. 

i berkahwin pada ogos 2008... julai 2009, i dikurniakan puteri sulung... september 2011 seorang putera.. dan soon, seorang lagi puteri bakal lahir pada jan 2013. inshaallah.. apabila perut i mula membuyung, ramai memandang (dengan sinis)... mengandung lagi ke??? i senyum jer...malas nk cakap banyak..

satu kesilapankah i pregnant lagi? i tahulah... persekitaran membuatkan orang pandang sinis... sebab i dgn suami i satu tempat keje.. orang kenal i, kenal juga suami i.. so what? lupa pulak i.. orang kita memang suka kata2 di belakang kan...

bagi i, ini rezeki... anak i, i yang bagi makan... suka hati la i nak berapa anak pun. in the other word, i mampu okey... (dah berlagak la pulak kan).. tapi itulah realitinya.. Dia memberi berdasarkan kemampuan kita.. i terima seadanya.. ramai anak seronok apa..

timbangkan kes-kes di bawah (tiada kaitan dengan individu tertentu)...

KES 1

* sepasang suami isteri telah 3 tahun berkahwin, tetapi tidak dikurniakan anak.. rupanya, jodoh mereka tak lama. hikmahnya, kes perceraian mereka tidak perlu dipanjangkan untuk hak penjagaan anak dan sebagainya.. jika ada anak pula, dibimbangi anak itu akan terganggu emosinya dek perceraian sang ibu dan bapa

KES 2

* sepasang suami isteri telah 2 tahun berkahwin, tetapi tinggal berjauhan...seorang di semenanjung, seorang di sarawak.. bayangkan jika mereka ada anak... tentu sukar menguruskan emosi anak dan diri sendiri sebab terpaksa berjauhan dengan pasangan masing2

KES 3

* sepasang suami isteri, dua2 bekerjaya n bergaji besar... dikurniakan 7 anak berderet2.... mereka mampu menggaji maid, maka tiada masalah bagi mereka.. hidup mereka bahagia

KES 4

* sepasang suami isteri, dikurniakan 6 anak.. suami bekerja tetapi isteri tidak... rumah tangga sering berdepan masalah.. itu dugaan keluarga mereka

KES 5

* sepasang suami isteri, berkahwin 3 tahun tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.. sempatlah si isteri sambung belajar n menyempurnakan MBA nya... tiba2, bapanya sakit... dia berpeluang menjaga bapanya sehingga orang tuanya itu menghembus nafas yang terakhir.. Allah berikan keistimewaan kepada dia utk berbakti kepada bapanya... jika dia ada anak lebih awal, tentu dia perlu bahagikan masa antara anak dan bapa.. selesai semua tanggungjawab dalam hidup, dia akhirnya mengandung.. indahnya perjalanan diatur Dia..

KES 6

* sepasang suami isteri, berkahwin 6 tahun.. masih belum mengandung... dia masih menikmati saat2 kehidupan berbulan madu... manis bukan?


Nah, setiap yang berlaku dalam hidup kita pun sama.. perjalanan diatur Dia sudah tertulis.. ada sebab mengapa si A hidupnya begitu, si B hidupnya begini... syukuri nikmat dari-Nya...

bagi i, perihal anak rezeki Dia.. jangan dipersoal..Dia tahu yang terbaik untuk kita.. jaga sajalah amanah yang diberi Dia..

inshaallah..


23 October 2012

envy nya saya...

salam...

saya envy pada sesetengah orang yang berpeluang sambung belajar.. setinggi yang dia mahukan.. walaupun saya tahu, itu adalah pilihan yang saya sendiri boleh tentukan... tapi, nak buat macam mana... setiap yang Dia aturkan ada hikmahnya... mengapa Dia tidak beri kesempatan kepada saya untuk sambung belajar dari dulu?

sebab saya anak sulung.. masih ada 4 adik yang perlu ditanggung.. bapa kerja biasa2 saja, ibu suri rumah sepenuh masa yang ambil upah jahitan... jadi, saya ambil keputusan untuk terus kerja.. alhamdulillah, Allah Maha Besar, saya tidak perlu tunggu lama utk dapat kerja.... dgn itu, dapatlah saya bantu keluarga... 

masa belajar di UPM, keluarga kami takde kereta.. ketika itu, kami lima beradik (2 masih bersekolah menengah dan rendah)... kalau nk balik kampung, kena pinjam kereta pakcik... so, saya dgn adik lelaki kena naik bas la... bagi peluang pada yang kecil naik kereta.. 

lepas setahun kerja (sebelumnya, hari2 ayah hantar ambil saya naik motor)....saya pun beli kereta... myvi hijau... itulah kereta pertama keluarga kami selepas bertahun2... tiada lagi pemandangan terkangkang2 naik motor dengan adik ke econsave untuk beli minyak masak, beli beras, beli kicap utk mak... saya ingat satu dialog adik : "Sampai bila kita nak macam ni Long? beli barang2 naik kereta?."

saya diamkan ajer...kerana saya tahu, nasib keluarga kami akan berubah... alhamdulillah, daripada takde kereta langsung, kini lepas 7 tahun, keluarga kami sudah ada 5 kereta.... pilih je la nk naik kete mana kalau balik kampung beramai2..

itu sebab utama mengapa saya tidak sambung belajar ketika itu... dan adik saya yg no-3, Rabiahtul sangat bertuah.. kerana dia dapat terus peluang utk buat master... mula2 saya agak menentang juga... hati saya berkata, kerjalah dulu... tolong mama n baba.. tapi bila saya pikir balik, dia bukan saya... saya dan Angah pun dah bekerja.. biarlah dia dgn cita2 nya... saya support dia 100%..

dan sekarang, masuk tahun kelima saya berkahwin, (bakal timang anak ke-3 awal tahun depan), saya mula berfikir balik utk sambung study.. tapi, mampukah saya? a maidless working of 3 mom......panjang sungguh descriptionnya... sedangkan sekarang pun, kain hanya berlipat sebulan sekali (bertuah kalau dapat)....selalunya 2 bulan sekali kot.. kuang...kuang...kuang...

suami pun sokong kalau saya sambung belajar.. cuma banyak yang perlu diambil kira...masa, tenaga, anak2, pengorbanan.. paling penting, kalau nk belajar lagi, saya tak boleh susahkan orang lain.. dalam ini kes, mama n baba la.. 

hmmm... akan difikirkan nanti..... harap semua dipermudahkan...

AMIN.....

10 October 2012

langsir nagoya : bila nak siap?

Salam....

Sabtu lepas, hati i berbunga2... Mau ambil langsir baru di Nagoya... Sehari sebelumnya, i call, diaorg bgtau langsir i dah siap... so, betul2 lepas maghrib, i, hubby n anak2 pun keluar la menuju jalan TAR... sesampai di sana, i kecewa.... jam 8.15pm pada hari Sabtu, Nagoya sudah tutup....

WHAT?? i seakan mau mencarut... tapi diubah menjadi perkataan yg lebih sedap didengar, i istighfar.... 1000 kali bagus anak2 mendengar i istighfar daripada carut yg bukan2....hihihi... tapi i tetap panas hati.... which shop on earth yg tutup kedai awal on hari sabtu kat tengah2 KL?? ya betul, Nagoya la...

tapi, i mengaku itu silap i la..sebab tak tanya diaorg tutup pukul berapa.. tak pulak i menyangka diaorg tutup kedai pukul 8... lagi2 malam minggu NOK... punah harapan i.. punah2 juga, dan yg paling perit, i perlu menadah telinga dimarahi suami sebab tak tanya operation hour diaorg.. i ulangi... SUAMI... oh syukur, sekurang2 kurangnya i ada SUAMI untuk memarahi i.. so, i pekakkan telinga je la.. :)

next day, this time ditemani anak buah i yg belajar kat UPM, i pegi lagi Nagoya... i parked depan Nagoya jer.. Ami tunggu dalam kete... masuk parking RM10 per entry ko!! tak mampu i... i pun drive Myvi je kan... bukan kete import... (ayat tak boleh tahan)...

Sekali lagi, dgn hati berbunga riang sambil membayangkan langsir i digantung di sliding door, i naik ke tingkat 3... bagi resit, bila dapat je barang, i tgk langsir i belum dipasang ring... (i buat design eyepleat with ring)... OH my english!!! i tanya, kenapa belum pasang? diaorg jawab, sbb kaler ring yg i nak tu, tak cukup... ok la...i pilih kaler lain yg lebih kurang... tak cukup jugak.... i boleh beralah lagi... i suruh diaorg pasang ring kaler gold utk langsir dapur i... takpela, dapur je, cetus hati kecil i...

nak jadi cerita, ring kaler coklat utk sliding door i still tak cukup.... diaorg cakap, benda takde, so kena order... i pun mulalah mengamuk, mak jemah... 

"u all ingat, keje saya nk datang sini je amik langsir? tgk perut memboyot ni, penat tau naik2 tangga... bila saya call tanya langsir, u all cakap dh siap... so, saya expect utk dtg, tgk apa patut, terus boleh bawak balik langsir..

i sambung lagi....

"bukan saya sorang je yg tempah langsir kat sini tau..sepatutnya ring tu kena ada stok la... saya dah tak mau datang sini utk ambik langsir saya nanti.. hantar dekat saya!!!"

begitulah kemarahan yang i hamburkan.. gila tak marah ko!! dan sehingga hari ini, rumah i masih berlangsir lama.... huhuhu

28 September 2012

review : Damai Beach Resort Kuching

salam...

last july, i berkesempatan ke kuching wif family.. we'we having a 5 day vacation... sebab apa lama? bawak budak2 memang cam tu la.. have to expect the unexpected.. :)

on the very first day tu, hubby decide utk stay dekat Damai Beach Resort.. jauh sikit from bandar Kuching, tapi utk permulaan trip, kira ok la utk merehatkan minda..

kitaorg pilih utk stay dekat chalet, which is more spacious n konon2 nk privacy lebih...

a chalet dgn view gunung santubong

the pool
the room was very nice too.. besar utk anak2 bermain.. bilik kitaorg ada 2 queen size bed.. sangat selesa..




after having a brief nap, kitaorg pun berjalan2 menikmati keindahan pantai yg boleh nampak dari tingkap chalet..

the view was breathtaking!!!

overall, this resort is strongly recommended utk honeymooners or family trip.. utk yg ada anak2 kecik, ada van disediakan utk ambil n hantar korang ke chalet (sebab kawasan ni besar jugak..penat nk jalan).. utk honeymooners, boleh la stay sini utk 2 malam utk menikmati saat2 romantis bersama... ewah!!

the price range utk chalet is around RM300++ per nite.. but we're soooo lucky sbb dapat RM200++ jer... kalau datang kuching, jangan lupa datang Damai Beach Resort... resort ni jugak sangat dekat dengan Sarawak Culture Village...

how i wish.....

salam...

how i wish.... macam2 yg kita wish dalam hidup... tapi, tak semuanya kita akan dapat.. Allah knows the best kan... Dia bagi apa yang kita perlukan..

lately ni, rasa macam, if i have the talent of sewing.... jeles tgk orang pandai jahit.. macam2 boleh buat sndiri... lagi2 pulak my passion now in biz, mmg related dgn sewing.. selalu berangan to have a corner yg purposely dedicated utk sewing jer... mesin jahit, a big wardrobe utk letak kain2 n barang jahit.... bestnyer...

masa tu nnti, mungkin dah tak perlu pikir pasal opis... duduk rumah, menjahit sambil jaga anak... best kan.... how i wish...


24 September 2012

puding roti

salam..

sejak preggie, sudah 2 kali mau makan puding roti... maka, semalam, lepas g giant mines beli barang, maka terhasillah ini..

loyang pun baru beli semalam ni!!

dgn sos custard

resepi puding roti (untuk loyang standard 7-9 inci)

roti 7 keping
butter
telur 5 biji ( 2 biji ambil putihnya sahaja)
esen vanilla
fresh milk
gula (tak payah manis sgt sebab sos dia nnti dah manis)
almond flakes (optional)
tepung custard

UNTUK PUDING

1. sapu dua2 belah permukaan roti dgn butter.. koyakkan roti sesuka hati, susun dalam loyang
2. pukul 2 mug fresh milk + telur + esen vanila + gula sampai kembang
3. masukkan sebatian yg dah kembang dalam loyang yang ada roti tadi
4. taburlah almond flakes.. letak choc chip pun sedap

UNTUK SOS

panaskan campuran 1 1/2 mug fresh milk + 1 1/2 sudu tepung custard + gula secukup rasa (nak manis, letak gula banyak)... masak sampai agak2 pekat.. (jangan sampai hangit)

puding roti ni i suka makan masa panas2.....sedap woooo!!! selamat mencuba...





22 September 2012

Kedai Kain 1 Malaysia

salam..

ini bukan entry politik.. saja mahu kongsi my passion... pada yg belum tau, i mmg hantu kain... dari kecik, mmg i dah disajikan dengan pemandangan kain di dalam rumah sebab mak i tailor.. so, membawak sampai ke beso, dan i yakin, passion i ini akan diwarisi zarin raihana pula..hehehe..

berbalik kepada tajuk dia atas.. semalam, i n hubby ada sedikit hal kat area hulu langat.. saje pusing2, bukan nk mandi sungai pun..tetiba ternampak kedai kain 1 malaysia ni... terus cakap kat hubby nk singgah jap.. tak sempat pun nk snap gambar sbb mendukung my boy...

berikut gambar yg ada di google..






harga kain2 sini memang murah.. tapi i tak sempat belek lama sangat... i cuma berkenan tang chiffon Rm5 semeter.. kain mmg best.. lagi satu tang kain lycra pelangi tak ingat berapa Rm semeter.. murah la agaknya tu. kalau i pandai buat tudung, i beli dah... 

average, harga kain kat sini boleh dikatakan murah.. kualiti? i tak tau la..blm beli.. selain kain utk baju kurung, baju melayu bagai, ada jugak jual kain langsir n kain tudung.. ok what??


21 September 2012

langsir nagoya...

salam..

sambung entry langsir.. entah kenapa lately ni, terasa nak sangat mendeko rumah...alah, bukan la sehebat deko2 eric tu..sesaje.. maklum je la, masa masuk umah 2 tahun lepas, me n hubby tak mengecat umah... pakai mana yg kontraktor bagi ajer.. save bajet gtu..so, bila nak cat umah ni, kononnya langsir pun tukar baru la.. yang hado kan..

penulisan entry ni jugak bukan lah nak menunjuk2 kiah oi.... untuk review sesiapa yg mungkin nak menempah langsir ke.. lain la kalau i tempah langsir harga ribu2... itu lain cerita ok..

mula2, me n hubby pegi nagoya dulu.. tgk2 kain n tanya upah. then ke kamdar utk tujuan sama.. tujuannya utk membandingkan harga of coz.

kain kat dua2 tempat cantik2 belaka..cuma, kat kamdar mahal sikit la...kain yg cantik2 kat kamdar harga smpai RM30++ semeter, sedangkan kat nagoya boleh dapat around RM16.80 semeter.. tepuk dada, tanya lah selera..

upah pulak, kalo ikut langsir yg kitaorg nk buat, design eye pleat yg pakai ring tu, kalo kat nagoya hanya Rm9 sekeping tak termasuk ring.. kat kamdar, upah utk langsir tu RM22 sekaki... mahal nyah!! so, kitaorg amik yang termampu, kat nagoya je la..

lepas pilih kain (jacquard + sheer), aku pun duduk berbincang tentang ukuran langsir.. almaklumlah, fisrt time tempah langsir, so, aku just ikut ukuran langsir kat umah yang mama jahitkan dulu... dapat pulak budak baru keje kat nagoya..macam nak gaduh jugak la aku dgn dia... rupa2nya dia tak pandai kira kalo ikut ukuran kain langsir.. dia pandai kira ikut ukuran panjang railing je..

kitaorg beralih arah kepada seorang budak lelaki yang serba boleh... dia luki, kira bajet, kira upah... maka, terhasillah ini...

jenis kain + ukuran

dalam masa 2 minggu lagi siap... tunggu ek camana rupa langsir baru ni nanti... 

19 September 2012

langsir oh langsir

salam..

sudah hampir 2 tahun langsir rumah tak bertukar since pindah... sheer putih pun dah berubah warna... mujur the jacquard one kaler merah.. so, tak nampak la kotornya.. alkisah, last week, berlangsunglah satu dialog antara mama, abah n si anak sulung :

mama : abang, esok jom kita beli langsir..
abah : kat mana?
(tetiba anak yg sulung menyampuk)..
zarin : tak payah la mama... langsir tu kan ada..membazir je.. (sambil muncung tunjuk langsir yg tak pernah dibasuh)
mama : ala zarin..langsir tu tak pernah basuh la..
zarin : biar je buruk mama...

senang kan anak i cakap.. hehehe...tapi, alhamdulillah, dia dah tau konsep membazir yg diterangkan seblm ni.        so, semalam, dgn jayanya, kitaorg bertiga pun pegi la ke KL utk cari langsir...

tempat yg dituju pun hanya 2... Kamdar n Nagoya... nk tau kat mana kitaorg akhirnya tempah? tunggu next entry.... hehehe..

lupa password..

salam..

ini adalah entry aktif semula selepas terlupa password... sekian utk kali ni..

NOTA KAKI : tu la yg jadi kalau banyak sgt emel n pasword... huhu

24 March 2012

lama diam...

salam..hampir sebulan blog TIDAK ber 'update'...berikut antara yg berlaku sebulan ini..

1. Raihana Collection biz started...macam biasa, online biz ni memerlukan masa yg agak banyak...so, kena pandai2 curi masa la..

2. update on zikri..now dh 6 1/2 mo..masih fully BF...of coz so proud dgn diri sndiri sbb zarin dulu failed BF..

3. kenduri akikah zikri berlangsung dgn jayanya...alhamdulillah..thanks pada yg sudi hadir

4. rezeki bertambah lagi...syukur ya Allah...moga saya dapat jalankan tanggungjawab dan amanah yg diberi dgn baik

5. disebabkan no. 4, time keje saya sudah berubah...3pm-11pm daily..pagi boleh setelkan anak2 dulu sblm pegi umah mama...

6. plan mahu sekolahkan zarin....genius aulad mungkin....atau mana2 islamic play school...biarlah dia belajar bedoa dulu sblm menyanyi nursery rhymes..

7. sempat hadiri no plan small gathering dkt umah long best friend, fazirah....jumpa baby hasan yg sihat buat pertama kali..kalau zikri saiz itu juga, tak larat gamaknya mama n bwk awak dgn kakak pegi umah opah sndri tanpa abah di sisi..huhu..

8. oh.....balik kampung on awal feb...anak buah kahwin kat kluang...next plan maybe april..

*** tiba2 saya rasa macam mau preggie lagi...boleh?? MOTIF? hihihi