click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

07 September 2011

aku seorang journalist

tajuknya tak ubah macam cerita biografi 'aku sebatang pen'..tapi itulah hakikatnya..apa pun profesion di dunia ini bukan senang..waima suri rumah sekalipun, pengorbanan maha besar dituntut dari kerja seharian di rumah..

kembali ke tempoh 6 tahun dulu sekitar Ogos 2005..aku ketika itu wartawan junior..berbekalkan ilmu pertanian, aku kira, aku diterima masuk Utusan sebab latar belakang pengajian..bukan sebab pengalaman yang zero atau lain2 faktor..aku tidak cantik (bukan sebab daya tarikan utama aku diterima kerja sudah pasti), hanya kerana rezeki aku di sini..

kini selepas 6 tahun pengalaman (2 tahun di kuantan, 4 tahun di KL), masih banyak perkara aku perlu belajar...siapa cakap kerja wartawan senang? masa kerja lain tak usah cerita...kalau punya anak, perlu cari pengasuh yang betul2 boleh jaga budak tak kira masa...lagi2 kalau suami isteri berprofesion sama..macam aku dan hubby.

tapi, ini kerja yg aku pilih..dulu, memang tiada minat langsung dlm kerja ini..tapi, sekarang kalau org tanya, mau kerja apa kalau berhenti jadi reporter, aku jawab ntah....mungkin menjahit saja di rumah..

sama macam2 wartawan lain, kami sudah tentu diberi peluang ke oversea utk buat liputan pasal satu2 event..rezeki aku cuma lambat..baru tahun lepas ke darwin, aussie utk cover menteri pertanian..belum lagi pernah diberi kesempatan utk ikut misi kemanusiaan @ cover bencana @ apa2 krisis..

apa yg aku boleh cerita, assignment ke luar negara bukan utk suka2..kecuali yg bawa aku ke assignment itu adalah Air Asia...ya..itu assignment jalan2...setiap kali Air Asia perkenalkan route baru, diaorg akan bawa reporter utk promote...sekali lagi blm rezeki aku utk itu..

ikut menteri ke oversea, blm tentu dapat jalan2 tgk tempat orang..sekadar dlm bas menjenguk keindahan negara orang..atau perlu curi2 masa ke shopping mall..selebihnya ikut sahaja menteri itu ke mana..tanya juga kawan2 reporter yg pernah ke Pakistan, Lebanon, Iraq, Gaza...lagi perlu berjaga2...

orang kata wartawan macam kami (aku) hanya pro kerajaan....persetan semua itu kerana yang di sana juga sama...kami kutuk kamu, kamu kutuk kami....fair sudah...

tolak tepi beza politik, jangan pandang sentimen peribadi..aku hanya cari rezeki demi sesuap nasi utk anak-anak dan keluarga..

** alfatihah buat keluarga jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor atas pemergian beliau semasa liputan misi kemanusiaan di Somalia

3 comments:

Zefa NorAsmara said...

Satu kerja yg mencabar, dan menyandangnya pasti seorang yg hebat kerana berani menyahut sebarang cabaran.. syabas kerana bergelar seorang journalist.. :D

mrs. shamsiah zaini said...

tq zefa...appreciate it a lot!!

juliaismail said...

Saya sayang kerja saya...Sampai bila la ek kita kat sini aganya ya Sham