salam..
seperti yg dijanjikan, aku kembali bersama story baru..yuhuu...australia..tak pernah terfikir nk jejak kaki ke benua yang satu ni..even though its not sydney, gold coast or melbourne, at least i went to Commonwealth of Australia..
darwin, also dubbed 'top end', located at the north of australia...dari singapore, perjalanan ke sini mengambil masa around 4 hours..time dekat darwin pulak cepat 1 1/2 jam dari malaysia..first, aku transit di singapore before boarded on jet star..disebabkan ini first time aku g oversea, aku agak terpesona jugak la dgn changi airport...
kitaorang landed dekat terminal 2, which house the low coast airlines...tapi, jauh beza dgn LCCT wa cakap lu...cantik, bersih, kemas, boleh disamakan tarafnya dengan KLIA..lepas makan, lepak2, borak, kitaorang pun enter gate lebih kurang 10.15 pm malaysia time..
nasib baik la this is not my first time on plane..kalo tak, mau cuak jugak aku tanpa suami di sisi kan..aku duduk sebelah kak nisa from BH..otw, aku dihidangkan sejenis western food (vege) yang aku pun tak berapa nk sure apa namanya..telan la jugak walaupun tak abis...disusuli kit kat choc n plain water jer..lepas makan, kak nisa pindah pegi seat lain yang kebetulan kosong sbb dia nk tido baring, maka aku dgn bahagianya, turut baring dekat seat 3 row yg aku conquer sorang..
ketibaan kami di darwin lebih kurang 4.30 am local time, disambut angin dingin australia..suhu around 18 degree.mmg sejuk utk kita malaysian ni..tak menunggu lama, airport shuttle dah tunggu utk bawak kitaorg g hotel..
otw masa lalu michelle street, aku boleh nampak budaya omputeh yang suka berparti...nk dekat subuh tu, diaorg tak balik2 jugak...mabuk tok sah cakap la.sampai kat depan hotel, ada la beberapa mat salleh yang cakap merapu, dtg kat kitaorg..kitaorg dinasihatkan tak layan dgn cakap 'thank you'.
dapat la tido 1 jam setengah, keje aku pun bermula..hari pertama mmg very tiring..sbb kitaorg ikut datuk noh omar lawat ladang lembu..tak payah la aku citer sgt pasal ladang lembu ni..sbb itu adalah tugas rasmi aku kat sana..jom kita citer pasal yg tak rasmi ni.
malam pertama di aussie, lepas attend dinner dengan minister of agriculture northen territory, aku, k nisa, dr azam n dr zul, pegi beli kebab kat satu kedai ni..depan hotel je...pastu kitaorg g makan kat belakang jalan, di mana aku dapat tgk satu couple sedang enak memadu kasih..kalo kat malaysia ni, mau kena rejam...
hari kedua, kitaorang melawat ladang sultan brunei pulak...kat sini, aku rasa dapat rasa kehidupan ala2 cowboy..best jugak...depan farm house ladang tu ada satu unggun api yang jadi 'port' baik semua org utk amik gambar..geng media lepas tu dibawa tour satu ladang...kitaorg pun apa lagi...segala macam gaya koboi keluar..walaupun tak berapa jadi kan gaya koboi kitaorg..hehe..
malam tu pulak, kitaorg ada jemputan dinner di umah pak abu n wife dia..pak abu ni org malaysia yang dah lama dok aussie..akhirnya lepas 2 hari tak jamah nasi, malam tu aku makan dengan lahapnya..huhuh.ada masak lemak ayam, sambal petai, BBQ...sedap wei...rasa macam kat mesia..
and buat pertama kalinya jugak, aku masuk kasino beb kat darwin..kejadian berlaku selepas dinner kat umah pak abu..huu..dengan tudung2 kat kepala ni ha aku masuk..bukan buat apa pun, saja2 ikut orang...sudahnya aku n kak nisa lepak dekat satu area nonton TV sambil pekena cofee dari vending machine yang FREE..huu..heaven..
last day di darwin, kitaorg tak lepaskan peluang shopping!!ada satu kedai souvenier, owner dia indonesia...siap cakap bahasa serumpun lagi kitaorg..tauke kedai bagi diskaun 10%..dia pesan, bgtau kat kawan2, kalau dtg darwin, singgahlah 'NT souvenier shop'.
flight kitaorg lebih kurang pukul 4pm auusie time..after 4 jam, kitaorg landed dekat changi around 7pm malaysia time..kali ni, kitaorg decide nk keluar g town singapore, pekena sup merah...first time jugaklah aku jejak singapore ni..
singapore, pada pandangan mata aku, sebuah negara yg memang maju..melihatkan sky-crapers kat sana, aku rasa malaysia memang belum setanding negara jiran kita tu..terpikir gak aku, kalau singapore still part of malaysia, adakah ia akan maju macam tu?? hmm..lu pikirla sendiri...around 11pm, kitaorng pun depart dgn air asia to LCCT...sampai LCCT kol 12am, alhamdulillah, no major incident happen, sampaila aku returned to malaysia..
memang seronok bila menjadi seorang daripada pemegang pasport malaysia yang sah..rasa macam ada freedom..pastu, mulalah plan nk g tempat2 lain pulak, walaupun ntah bila la nk pegi lagi.
now, i'm waiting for other chances to go oversea again..bos2, saya sangat berbesar hati kalau dapat asemen luar negara lagi yer..
(gambar2 di next post)..
No comments:
Post a Comment