click me

raihana baby kurung

BannerFans.com

22 September 2010

salam..

rasanya belum terlambat utk saya wish Salam Lebaran kepada semua..memang lama sungguh saya tak update blog ni, since lebih tumpuan diberi kepada web site raihana collection, line baju kurung baby n toddler yg baru berusia 5 bulan..tq so much kepada semua yg menyokong yer..

tak lupa juga hubby yang menjadi orang bertanggungjawab ke post office twice a week, mama (orang kuat di belakang tabir aka tailor raihana collection), family, kwn2 bloggers, kwn opis yg support by biz n tak lupa my beloved customers..tq so much ya...jgn lupa jenguk http://raihanacollection.blogspot.com

hmmm...apa cerita yg boleh saya kongsi bersama yer?? pasal raya? ok...sy akan kategorikan pasal apa sy nk tulis di bawah yer..

RAYA
---

sama macam raya2 tahun lepas, raya di saat-saat tua ni (umur saya 27, tapi dh rasa macam tua sangat la), tak la seronok mana..lebih kepada persiapan my daughter, zarin raihana..utk saya, cukup sepasang baju kurung pahang, tudung sedondon n kasut raya..berbanding zarin yang berkoyan2 bajunya..hehe..anak baru sorang kan..hubby pun ala kadar jer...baju melayu sedondon dgn saya tanpa samping (macam tahun2 lepas) n sandal baru..kami cuti seawal 6 sept..

tahun ni tahun pertama beraya tanpa bapa mertua, Haji Samsu Hadi Masuhoot yang meninggal dunia pada 28 April 2010 (saya akan ingat tarikh ni sampai bila-bila).

so, macam biasa, menjadi tanggungjawab hubby buat persiapan
raya, sebab kakak sulung masih kerja sehari sebelum raya. pagi raya adalah masa yang sangat2 saya nantikan sebab kami akan bersalam-salaman...maka, tumpahlah air mata saya di saat bersalaman dgn hubby..terasa diri ini suci dari dosa buat seketika tatkala hubby memaafkan diri ini..huhuhu..

raya kali ni agak berbeza jugak sbb kami turut beraya di kampung mama kat tg malim...tengah hari raya pertama, kami gerak ke tg malim, sampai perak around 5pm...seronoknya dapat raya di tg malim tak boleh nk digambarkan sbb lepas kawin blum dapat chance raya kat situ, until this year..

kesempatan digunakan sepenuhnya oleh saya utk berjimba bersuka ria...hahaha..hubby start keje raya kedua, sy masih di kampung..malam raya kedua, hubby pulang ke tg malim balik. kami balik ke KL utk bekerja pada raya ketiga bersama2.

overall, sy tak beraya sakan sgt la kali ni..cuma ke rumah kwn2 di bukit permai, n umah ira kat seri kembangan..mmg best bila dapat jumpa kawan2 lama..btw kwn2, ada yg nk buat open house?? jg lupa jemput saya ya...

sikit gambar raya kami: (memang sikit betul)



ZARIN RAIHANA
---------
puteri saya ni telah memberi satu surprise utk saya n hubby pada hari raya ni...she's walking!!yeay!!pandai betul anak mama plan time boleh jalan yer..act, her first step began a month before...tapi sejak tu, dia takut + malas..memang tak berjalan pun sampaila malam kitaorg nk balik kampung utk beraya...malam tu, dia tiba2 datang pada saya dengan 5-6 steps..saya sangat teruja!!


bila kat kampung, zarin terus training..kebetulan rumah kat kampung (bahagian atas) berlantai papan n dialas dgn karpet..so, saya lepaskan zarin berjalan..adala dlm 30 langkah sblm dia terjatuh...setiap kali jatuh, zarin akan cakap 'jatuh, jatuh, jatuh'..dgn gaya pelatnya..hehehe..tapi, zarin still tak pandai berdiri sendiri n perlu merangkak datang pada saya kalau nk bangun..


seminggu lepas tu, zarin dh pro...dah boleh bangun sendiri, dah boleh pick up barang sambil jalan, dah boleh berdiri sambil menari..tapi dia still jatuh2 lagi...


at her 14 mths, antara words yg zarin boleh sebut n paham:


abah : abah
mama : mama
athok: atok
pah: opah
papu : lampu kelip2
jatuh : jatuh
atu : satu
acu : paksu
ama : maklang
achok: pakcok
bo : ball
tar : car
nyiau : cat
tatak : kakak
acih : terima kasih
ish : ikan


semoga zarin raihana akan membesar sbg anak yang bijak, cerdas, cergas, baik, muslimah, sihat, dan segala2 yg positif la..

No comments: